PUAK PAKATAN PASTINYA SEDANG BERGEMBIRA DITIPU ANWAR DAN MALAYSIAKINI HIDUP-HIDUP

>> 20 March 2012


Al-kisah Satu

Sila bandingkan kedua-dua tajuk berita ini dari portal Malaysiakini.

1. versi Bahasa Melayu

2. versi Bahasa Inggeris

Perhatikan kedua-dua tajuk berita ini. Nampak sama tapi sebenarnya tidak serupa. Versi Bahasa Inggeris menyatakan Anwar akan menyaman Utusan manakala versi Bahasa Melayu pula Anwar menuntut ganti rugi. Bukankah ini laporan media dua alam? Mengapa perkara seperti ini pun mahu diputarbelit? Adakah laporan berita versi dua alam ini yang dikatakan pembangkang sebagai akses media yang lebih terbuka?

Dan pastinya pencacai Anwar yang membaca versi Bahasa Inggeris bersorak gembira apabila terbaca perkataan "sue". Benarkah Anwar menyaman Nallakaruppan?


Al-kisah Dua

Isi laporan Malaysiakini dalam laporan ini tidak satu pun menyebut Anwar akan menyaman sebaliknya sekadar menuntut ganti rugi dan permohonan maaf.
Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan tindakan undang-undang dengan menghantar notis tuntutan sebanyak RM100 juta kepada senator Datuk S Nallakarupan kerana mendakwanya seorang biseksual dan tidak memimpin pembangkang.
Dalam laporan Malaysiakini versi Bahasa Inggeris sangat jelas kenyataan Anwar yang menyatakan "sue" dan bukannya "claim notice". Dan jelas sebenarnya Malaysiakini sedang memutarbelit pemikiran puak-puak pembangkang yang dungu dan sedang bergembira ditipu.

Komen-komen pencacai pembangkang di Malaysiakini menunjukkan sememangnya mereka percaya Anwar melakukan proses saman sedangkan perkara sebenarnya hanya notis tuntutan.

Komen seorang pencacai Anwar yang kena tipu

Apa yang berlaku sebenarnya tidaklah sehebat yang disangka pencacai pembangkang kerana mereka sentiasa menelan penipuan Malaysiakini dan Anwar Ibrahim.

Nota: selepas notis tuntutan tidak dilayan maka barulah proses saman akan dijalankan. Kenapa tidak terus saman sahaja?

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP