UMNO DAN PAS KEDUA-DUANYA KAFIR?

>> 31 March 2012

Petikan dari blog
Agaknya sudah menjadi tabiat manusia zaman sekarang yang suka mengkafirkan orang. Ucapan kafir-mengkafir ini datangnya dari sebuah blog yang tidak diketahui. Apa yang pasti berdasarkan cara penulisannya seolah-olah cenderung kepada fahaman khawarij tulen yang sememangnya anti kepada kerajaan yang dimonopoli ahli sunnah wal-jamaah.

Adakah terlalu senang untuk menghukum seseorang itu kafir? Jika begitu apakah segala mufti di Malaysia ini kafir? Jika semua pendokong parti adalah kafir maka adakah orang yang mengajar penulis kepada blog tersebut kalimah syahadah jatuh kafir kerana pergi mengundi? Bukankah dengan pergi mengundi secara sahnya kita adalah pendokong kepada sesuatu parti?

Diharap penulis blog tersebut beristighfar sebelum sesuka hati menghukum sesama manusia seperti tuhan lagaknya.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP