KUMPULAN ANTI LYNAS AKAN BUAT HIMPUNAN KEDUA

>> 17 March 2012


Kumpulan anti Lynas yang bodoh piang yang tidak dapat membezakan fakta dan auta dikhabarkan akan mengadakan satu lagi Himpunan Hijau sebagai usaha menyeru rakyat Malaysia untuk menyelamatkan alam sekitar dari kesan kilang Lynas konon-kononnya.

Kumpulan dungu ini mungkin masih tidak faham bahawa Himpunan Hijau yang terdahulu jelas menunjukkan betapa mereka hanyalah berseorangan dalam memutarbelit fakta yang sahih bahawa Lynas tidak bahaya. Bahkan dungu-dungu ini juga bukanlah tidak asing dari politik tanah air sebaliknya sememangnya terkenal dengan rusuhan yang dilakukan mereka seperti Bersih dan 901.

Himpunan Hijau ini hanyalah kempen pembangkang dalam usaha meraih undi. Jika tidak masakan mereka memutarbelit fakta yang jelas?

Malah ada sumber mengatakan bahawa ini adalah "suvivor" politik Fuziah  Reaktor sendiri kerana dikhabarkan Fuziah Reaktor kemungkinan tidak dicalonkan lagi di Kuantan kerana kerusi calon wanita PKR mungkin akan berubah ke kawasan lain. Walau bagaimanapun sumber ini masih tidak dapat dipastikan kebenarannya kerana ianya datang dari orang PKR sendiri yang gemar menipu.

Di masa akan datang nanti jangan terkejut sekiranya Himpunan Hijau ini masih lagi akan diadakan selagi PM tidak mengumumkan tarikh bubar Parlimen kerana ini sememangnya agenda politik pembangkang untuk memperbodohkan rakyat. Jika tidak masakan penduduk Kuantan sendiri tidak ambil peduli dengan Himpunan Hijau ini?

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP