HISHAMUDDIN TIADA JAMINAN UNTUK KEKAL JAWATAN NAIB PRESIDEN

>> 11 October 2013


Dalam tempoh kurang 10 hari, ahli UMNO akan memilih siapakah 3 nama yang akan menyandang jawatan naib presiden dari 6 calon yang akan menawarkan diri. Dalam keadaan itu, nama Hishamuddin agak ketinggalan dari segi populariti di kalangan akar umbi UMNO sendiri.

Dalam satu sesi pengenalan calon yang diadakan di Perlis, Hishamuddin langusung tidak dijemput untuk ke majlis tersebut untuk memperkenalkan diri. Ini menunjukkan bahawa di kalangan pemimpin sendiri tidak menggemari cara politik Hishamuddin yang hanya gemar melakukan tindak-tanduk menyelamatkan diri dari melakukan satu atindakan yang menguntungkan parti dan orang Melayu khususnya.

Dalam satu seminar di Seremban pada minggu lepas, Hishamuddin terpaksa menggunakan platform Kementerian Pengangkutan untuk berkempen. Dalam ucapannya hanya 20 minit sahaja digunakan untuk bercakap mengenai perihal Kementerian Pengangkutan dan selebihnya adalah kempen mempromosikan diri.

Memang benar kehadiran hadirin adalah paling ramai jika dibandingkan dengan calon-calon lain. Tetapi dalam satu sudut apabila program menggunakan nama Kementerian digunapakai, bukan kesemua yang hadir adalah ahli UMNO. Malah raata-rata yang hadir belum tentu termakan kata-kata Hishamuddin yang masih membawa janji yang sama sejak 4 tahun lepas.

Tidak hairan di masa ini Hishamuddin akan menggunakan pendekatan yang lebih ekstrim untuk menarik perhatian ahli UMNO yang akan memilih nanti tapi harus diingat ahli-ahli UMNO sudah tertutup keyakinan untuk memberi kepercayaan kepada Hishamuddin lagi. Ramai yang berkata cukup-cukuplah Hishamuddin dan berilah peluang kepada orang lain.

Ramai yang mula mencongak di antara Zahid Hamidi, Shafie Apdal, Mukriz Mahathir, Ali Rustam dan Isa Samad, siapakah yang akan mengisi 3 jawatan naib presiden UMNO. Yang pastinya nama Hishamuddin hanya disebut sebagai nama calon yang tidak akan memenangi pertandingan tersebut. Rata-rata perwakilan sudah sebulat suara untuk menunjukkan Hishamuddin pintu keluar dari jawatan yang disandangnya.

1 comments:

Anonymous,  October 11, 2013 at 5:59 PM  

Tauke, hisham akan menang sobab eh sopupu eh presiden parti, istano, pemimpin2 umno semuo sokong dio. satu laiee jgn lupo, keputusan pemilihan umno memnag pernah bolaku penipuan. pasal tu hisham tak risau do. kehendak ahli umno akar umbi persetenkan.

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP