IBDILILLAH HARUS SEDAR DENGAN KATA-KATANYA

>> 06 December 2013


Ketua Biro Media Baru saudara Ibdilillah harus sedar betapa kenyataannya boleh mengguris sebahagian besar blogger-blogger pro kenyataan. Andai dikatakan blogger pro kerajaan tidak menyumbang kepada UMNO, kenyataan itu amat meleset sama sekali kerana untuk pengetahuan saudara Ibdilillah sebahagian besar isu yang dimainkan di media massa untuk menyerang pembangkang bermula dari blog-blog pro kerajaan. Isu ini termasuklah isu video Anwar dan Mustapa Ali.

Tambahan pula saudara Ibdilillah harus sedar bahawa masih ramai lagi blogger yang tidak makan gaji dengan UMNO. Kebanyakan mereka menyumbang tanpa bayaran satu sen pun. Malah segala bil dan peralatan untuk blogging terpaksa menggunakan duit poket sendiri. Kerana apa? Kerana cintakan parti.

Jadi nasihat dari seorang blogger hina ini, silalah menjaga ucapan kerana diwaktu ini saudara Ibdilillah sudah bergelar pemimpin. Segala kelakuan dan percakapan saudara menjadi perhatian rakyat.

2 comments:

Anonymous,  December 6, 2013 at 11:43 AM  

Niatkan lah segala usaha yang dilakukan untuk selamatkan negara dan umat KERANA ALLAH...jangan niat kerana parti seperti yang dilakukan oleh PAS, Insyallah akan dapat keberkatan dan pahala disis Allah.

Anonymous,  December 6, 2013 at 12:17 PM  


Dah le biadap bodoh pulak tu. Nasihatkan sikit jgn ghairah sgt bila ada jawatan tu....klau buat keja hampeh.Kami akan mengikuti 'hasil2' BMB bawah kelolaan dia. Segarang mana dan sedalam mana ilmu dia utk menyerang semula dgn fakta2.

Setakat nk stylo mcm bos dia lupakn le...kebodohan tanpa ilmu tu tlg perbetulkan diri....

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP