SPR BENGANG DENGAN TINDAKAN ANWAR

>> 23 November 2012


PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membidas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminta bantuan kerajaan Australia untuk membantu memastikan pilihan raya umum yang bebas dan adil di Malaysia.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menempelak Anwar yang membuat permintaan tersebut apabila Ketua Pembangkang itu sendiri tidak hadir walaupun telah dijemput untuk sesi taklimat dan dialog bersama SPR 19 November lalu bersama ahli Parlimen untuk menangani sebarang keraguan terhadap proses pilihan raya.

Beliau menambah bahawa beliau telah dimaklumkan oleh pembantu Anwar bahawa ketua pembangkang tidak dapat hadir kerana "tidak sihat".

Anwar menyampaikan petisyen kepada Australia dalam nota tulisan tangan kepada Menteri Luar, Bob Carr.

"Amat sukar bagi Australia berbuat sesuatu tentang cara ia dilaksanakan, sama sukarnya bagi Malaysia atau kerajaan lain untuk menganjurkan bagaimana pilihan raya di Australia perlu diadakan.

"Kami bukan pihak berkuasa pilihan raya bagi Malaysia," kata Carr kepada ABC Radio baru-baru ini.

Terdahulu, dalam temu bual dengan stesen radio Australia, Anwar telah ditanya apa yang Australia boleh lakukan untuk memastikan pilihan raya yang bebas dan adil, yang mana beliau menjawab "Dalam nota saya kepada Menteri Bob Carr dan perbincangan lebih awal saya dengan Kevin Rudd saya berkata, anda bercakap tentang pilihan raya bebas di Afghanistan dan Iraq mengapa membisu apabila ia datang kepada pilihan raya yang bebas dan adil di Malaysia? "

Anwar dalam temu bual itu juga berkata bahawa pihak pembangkang telah mengemukakan bukti bahawa 100,000 orang tidak layak untuk mengundi, yang mana sesetengah daripada mereka berumur 12 tahun.

Abdul Aziz berkata SPR menangani isu termasuk kerosakan dalam pemindahan data pengundi ke sistem baru.

Ia telah menyebabkan 282,068 pengundi telah diletakkkan di bawah tarikh pendaftaran pengundi yang salah.

Abdul Aziz, yang mempengerusikan dialog itu berkata kesilapan telah diperbetulkan.

Pengerusi SPR berkata terdapat banyak penambahbaikan baru yang akan diperkenalkan dalam pilihan raya umum berikutan input, termasuk oleh pihak pembangkang.

Ia termasuklah penggunaan dakwat kekal, pengundian awal bagi angkatan tentera dan pasangan mereka selepas kebimbangan mengenai ketelusan pengundian pos di kem-kem tentera dan polis; serta membenarkan rakyat Malaysia di luar negara untuk mengundi melalui pos. "Dengan langkah-langkah baru ini bagaimana mereka boleh mengatakan bahawa pilihan raya umum akan datang akan tercemar?," kata Abdul Aziz. - The Star

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP