AZIZ BARI ADALAH MANGSA LELONG

>> 02 November 2012


Anwar mengesahkan bahawa Aziz Bari sememangnya akan bertanding di Sabak Bernam pada PRU 13 nanti. Ini sekaligus mencipta spekulasi keputusan PRU 13 di kawasan tersebut.

Tetapi ada ramalan yang lebih profesional dalam keputusan PKR meletakkan Aziz Bari sebagai calon di Sabak Bernam.

Aziz Bari sebenarnya hanyalah calon lelong yang diletakkan PKR di kawasan yang sememangnya kubu kuat BN. Untuk pengetahuan, Sabak Bernam ialah kawasan yang amat sukar ditembusi pembangkang.

Dari segi politik, wajarkah PKR meletakkan calon yang kuat di kawasan kubu kuat BN? Sudah pasti tidak wajar sama sekali.

Jadi keputusan ini dilihat lebih kepada meletakkan kambing hitam yang pasti tewas pada PRU 13 nanti. Tambahan pula, Aziz Bari bukanlah seorang yang mempunyai reputasi yang baik sebagai seorang calon kerana seringkali mengeluarkan kenyataan-kenyataan bangang dalam sesuatu isu.

Keadaan meletakkan calon lelong juga berlaku di Negeri Sembilan apabila calon Melayu DAP akan bertanding di Chennah yang merupakan kubu kuat MCA.

Strategi meletakkan calon lelong di kawasan yang tidak boleh menang sememangnya menjadi panduan Pakatan Rakyat yang semakin terdesak untuk mempertahankan kerusi yang dimenangi mereka pada PRU lalu. Tambahan pula, mereka sememangnya ketandusan calon berkaliber pada PRU 13 akibat dari YB-YB mereka yang lompat parti terlalu ramai sepanjang penggal PRU 12.

1 comments:

Anonymous,  November 2, 2012 at 9:23 AM  

ingat! seorang pemimpin PR pernah berkata kalau diletakan anjing sekalipun mewakili PR pasti akan menang,begitulah tingginya keyakinan PR utk memenangi PRU 13,PR begitu yakin calun tidak begitu penting lambang yg digunakan calun amat penting sekali utk menarik pengundi.

PANDAI-PANDAILAH UMNO MEMIKIRKANYA!!!

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP