AWAS JPM! SEORANG PEGAWAI KANAN TELAH BERPALING TADAH

>> 21 November 2012


Seorang pegawai kanan berpangkat Jusa A dalam jabatan kerajaan di Putrajaya diketahui telah pun berpaling tadah kepada pembangkang. Seperti diketahui, pegawai ini antara orang yang diberi kepercayaan semasa zaman Tun Mahathir dan Pak Lah.

Semasa zaman Tun Mahathir, pegawai ini pernah dilantik sebagai Ketua Pengarah Negeri di Johor. Semasa zaman Pak Lah pula, pegawai ini dilantik sebagai pegawai kanan di Putrajaya.

Sejak akhir-akhir ini pegawai ini dilihat sudah semakin beralih arah dengan gemar menghentam kerajaan atas sebab-sebab yang tidak munasabah. Tetapi apabila bertugas, pegawai ini malu-malu kucing dengan mengiyakan sahaja segala arahan dari orang yang lebih atas.

Tidak cukup dengan itu, rumah pegawai ini dipenuhi dengan segala tabloid pembangkang dan risalah-risalah fitnah pembangkang. Sumber-sumber ini dijadikan modal oleh pegawai ini untuk menembak kerajaan apabila di belakang pucuk pimpinan.

Untuk makluman pegawai ini memegang banyak rahsia kerajaan terutamanya berkaitan statistik dan data dalam dan luar negara. Ini berdasarkan kepada jawatan dan jabatan pegawai tersebut berkhidmat.

Pada zaman 90an dahulu, pegawai ini pernah memasuki ruangan iklan kerajaan di TV 1.

Kesilapan JPM juga makin jelas apabila memberikan kepercayaan kepada pegawai ini dengan menaikkan pangkat dan memindahkan pegawai ini ke Perak baru-baru ini.

JPM diharap buka mata kerana sejak akhir-akhir ini semakin jelas dapat dikesan betapa ramainya trojan horse dalam jabatan kerajaan yang bertindak seperti barah untuk membunuh kerajaan dari dalam.

2 comments:

Anonymous,  November 21, 2012 at 4:01 PM  

Jabatan Pejam Mata....

Anonymous,  November 30, 2012 at 10:51 PM  

Alhamdulillah...,agaknya gaji yg dia terima tu halal ke tak??Dalam Islam..org yg begitu dinamakan apa?Apakah hukuman yg sesuai utknya dari sudut dan landasan Islam??Adakah ia sama macam pengkhianat?Lebih baik cepat2 diberi 'ganjaran'...atas apa yg dah dia buat pd kerajaan...besar ke ni..

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP