PEMUDA UMNO KELANTAN LANCAR PROGRAM UTUSAN PEMUDA

>> 08 November 2012


KOTA BHARU 8 Nov. - Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan hari ini melancarkan program Utusan Pemuda bagi menyebarkan maklumat serta isu semasa dalam pelbagai bentuk termasuk risalah kepada orang ramai.

Sempena pelancaran tersebut, pergerakan itu mengedarkan 3,000 naskhah akhbar Utusan Malaysia sebagai simbolik bersempena program Himpunan Guru Muda 1Malaysia (GM1M) di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Enggang di sini.

Ketua Pemuda UMNO negeri, Anuar Safian berkata, penyebaran maklumat serta risalah tersebut akan diadakan sepanjang masa dan bukan hanya terhad ketika musim pilihan raya sahaja.

"Kita bermula hari ini adalah sempena himpunan GM1M, gerakan Utusan Pemuda ini telah dilancarkan di peringkat Pemuda UMNO Pusat dan kita meneruskannya di sini bagi edisi Kelantan.

"Bermula hari ini juga, usaha untuk mengedarkan maklumat dan risalah di seluruh negeri ini dan ia akan diedarkan oleh Gerakan Risalah Orang Muda (Geruda)," katanya ketika ditemui di sini hari ini. - UTUSAN

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP