KEHADIRAN PESERTA PERHIMPUNAN PEMBANGKANG MENGECEWAKAN

>> 04 November 2012


SEREMBAN: Langkah pertama Pakatan Rakyat untuk mengadakan perhimpunan mega rakyat di seluruh negara bermula di sini malam Sabtu dengan kehadiran kira-kira beberapa ribu orang.

Perhimpunan itu diadakan di kawasan bersaiz empat padang bolak sepak di Seremban Jaya dekat sini dengan kehadiran anggota polis yang ramai.

Ia menampilkan beberapa ucapan oleh para pemimpin Pakatan serta persembahan muzik.

Isu yang dibangkitkan termasuk tuntutan Bersih untuk penambahbaikan sistem pilihan raya, kehadiran warga asing dalam daftar pemilih serta penyenaraian Felda Global Ventures Holdings.

Cadangan pembinaan projek bangunan tinggi berhampiran Bati Caves dan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) turut dibangkitkan.

Pemimpin pembangkang yang hadir termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, merupakan pemimpin kanan pertama berucap di hadapan orang ramai pada kira-kira pukul 10 malam.

Beliau berkata, perhimpunan aman yang sama akan diadakan di seluruh negara dan kemuncak perhimpunan raksasa yang dihadiri lebih sejuta orang di Kuala Lumpur pada Januari.

“Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti-parti politik akan mengambil bahagian,” katanya. - The Star

2 comments:

Anonymous,  November 4, 2012 at 3:16 PM  

Eden tak paham lerr budak-budak UMNO ni. Cuba taburkan gambar-gambar cina doll Anwar...aiskrim Azmin,..x rated Eli Wong...taburkan kek tompek tuuu...Kok takut bonar...bayar budak bangla...mat rempit....Naikkan banner sepanujang jalan.....Tak ado inisiatif dio oghang niiiii....Buek lerr5 korjo macam budak-budak Felda tuuuu!! Baru ador kelas!!!

Unknown November 4, 2012 at 7:33 PM  

Nuar Kata PRU13 pada bulan Disember, Mat Sabu nak buat HKR sehingga bulan Januari.. Hahaha...

Bolehlah buat sehingga Januari bagi merayakan kemenagan besar BN kot..

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP