ZULKIFLI NORDIN TAWAR JADI PEGUAM UTUSAN PERCUMA

>> 10 November 2012


KUALA LUMPUR 9 Nov. - Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Datuk Zulkifli Nordin hari ini menawarkan khidmat guaman percuma kepada Utusan Malaysia sekiranya Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Nurul Izzah mengemukakan saman terhadap akhbar tersebut.

Zulkifli Nordin akan memberi "kejutan" kepada Nurul Izzah dan Anwar Ibrahim sekiranya meneruskan niat mereka dengan mengumumkan barisan peguam kanaN untuk membela akhbar Utusan Malaysia.

"Saya telah berbincang dengan rakan-rakan peguam kanan dan mereka bersedia untuk membela Utusan Malaysia.

"Dalam kes ini mereka akan membela kerana agama, akidah dan bangsa melayu itu sendiri." katanya

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu juga menegaskan, Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah pantai sepatutnya memperbetulkan kenyataan beliau dan memohon maaf.

"Kenyataan tersebut pada saya tidak boleh di sangkal lagi sepatutnya Nurul Izzah perbetulkan dengan meminta maaf tetapi dia memilih untuk melawan Utusan Malaysia khususnya.

"Dia (Nurul Izzah) pun berkata dah melantik peguam Haji Sulaiman Abdullah antara peguam utama untuk menjadi peguamnya." jelas Zulkifli Nordin selpeas Forum 'Kebebasan Bertukar Agama' dari sudut Islam dan Perlembagaan Persekutuan di Kampung Baru malam tadi.

Menurut Zulkifli Nordin, Nurul Izzah agak keliru dengan Utusan Malaysia, kerana akhbar itu hanya mengeluarkan semula laporan yang disiarkan oleh Malaysia Kini dan laman web www.1kristianblogspot.com.

"Memetik ucapan Nurul Izzah, kalau kita baca laporan itu jelas menunjukan apa yang mereka faham daripada dialog tersebut ialah kenyataan mewajarkan orang melayu untuk diberi hak kebebasan memilih agama itu yang mereka faham,"jelasnya.

Sementara itu Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Hasan Ali yang turut menjadi ahli panel membidas timdakkan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

"Kenyataan itu tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang islam. Kenyataan itu tidak sepatut keluar daripada orang yang mentah seperti Nurul Izzah yang kefahaman tentang islam itu cetek dan sebagainya." katanya

Tegas Hasan Ali, Nurul Izzah tidak perlu mengeluarkan kenyataan tersebut kepada masyarakat bukan Islam.

"Kenyataan seperti itu tidak sepatutnya dikeluarkan bila berdepan dengan masyarakat yang bukan Islam kerana ini membuka ruang atau pintu yang lebih besar tentang penghijrahan dari segi akidah kepada yang islam dan bukan islam." jelas Hasan Ali lagi.

Antara ahli panel yang hadir adalah Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr Hassan Ali, Presiden ISSI, Dr Yusri Mohamad, dan Presiden Muafakat, Ismail Mina Ahmad dan Pensyarah Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM), Naib Presiden Perkasa Datuk Zulkifli Nordin dan Dr Ridhuan Tee Abdullah selaku moderator. - klpos

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP