PADAN MUKA PAS APABILA AHLI SENDIRI TOLAK HAJI HADI JADI PM

>> 25 November 2012


SHAH ALAM: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) menegaskan tidak timbul isu parti itu menolak Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri ke tujuh sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya menawan Putrjaya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 akan datang.

Sebaliknya, Ketua DHPP, Hu Pang Chaw berkata cadangan yang dikemukakan oleh perwakilan Dewan Ulama, Hairun Nizam dalam Muktamar Tahunan PAS ke 58 baru-baru ini hanyalah sekadar usul bagi menghargai dan menyanjung tinggi kepimpinan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Ada ke mana-mana perwakilan dalam muktamar PAS kali ini mengungkitkan isu kewibawaan Datuk Seri Anwar? Tiada. (Maka) tiada isu itu.

"Usul untuk Presiden PAS jadi Perdana Menteri, usul daripada Dewan Ulama. Dewan Ulama mahu meluluskan usul ini sebulat suara bagi menunjukkan mereka sanjung, menilai serta penghargaan (pada) jasa bakti yang dibuat oleh Tok Guru Abdul Hadi Awang tehadap PAS dan negara ini," katanya selepas menghadiri Program Diskusi Meja Bulat "Negara Islam Hak Bukan Islam?" anjuran Antarapos baru-baru ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, PAS masih berpegang teguh pada kesepakatan yang dicapai bersama iaitu untuk mengangkat Ketua Umum PKR itu sebagai Perdana Menteri.

"Muktamar merupakan perwakilan diberi kuasa menyuarakan sesuatu. Usul itu hanya daripada mereka.. tetapi bukan daripada PAS sendiri. Pas masih berpegang teguh persefahaman yang dicapai dalam Pakatan Rakyat, bahawa Datuk Seri Anwar adalah calon yang terbaik untuk memegang jawatan Perdana Menteri."

Tambahnya, PAS sedar bahawa parti itu perlu memenangi kerusi Parlimen terbanyak demi menuntut jawatan itu.

"Usul yang dibawa dewan ulama tidak menjejaskan hubungan antar 3 parti ini. sehingga hari DAP PAS, PKR masih duduk (bersepakat) sama.

"Kita kena balik pada hakikat real world (dunia sebenar) dalam politik di mana kerusi paling banyak berhak menyuarakan sesuatu. Walaupun mereka berhak menyuara, itu tidak bermakna mereka berhak menuntut.. Dalam Pakatan Rakyat, tiga parti ini mempunyai suara dan hak yang sama rata," ujarnya.

Beliau mengulas ketegasan Guan Eng mahukan Anwar dilantik jadi Perdana Menteri susulan desakan lantang dalam Muktamar PAS, mahukan Hadi mengisi jawatan itu.

Guan Eng Ahad lalu menegaskan partinya tidak boleh menerima Hadi sebagai Perdana Menteri kerana itu bukan persetujuan yang dicapai oleh pimpinan PR.

Hadi sendiri mengalu-alukan hasrat partinya di akhir muktamar itu.

Bagaimanapun Timbalannya Mohamad Sabu memberi peringatan bahawa PAS bersetuju dengan PKR dan DAP sebelum ini untuk melantik Anwar sebagai PM.

Semasa menggulung perbahasan pada muktamar ke 58 parti itu, Dewan Ulamak PAS sendiri menzahirkan sokongan parti untuk Hadi dilantik menjadi Perdana Menteri. Wakil sayap Muslimat PAS turut mengusulkan perkara sama.

PAS mensasarkan 60 kerusi Parlimen pada pilihanraya umum akan datang. Di peringkat negeri parti itu yakin mengekalkan kuasa sekurang-kurangnya di Kedah dan Kelantan. - antarapos

6 comments:

Anonymous,  November 25, 2012 at 2:32 PM  

DPMM tu bukan dianggotai ahli PAS daaa. Tu kelab penyokong.

Anonymous,  November 25, 2012 at 2:33 PM  

DHPP tu bukan dianggotai ahli PAS daaa. Tu kelab penyokong. (aku tersilap tulis DPMM, duh!)

Anonymous,  November 25, 2012 at 3:58 PM  

Jgn menyibok nk Jd PM ler..jgn harap yer! PRU13 Pakatan haram..comform bungkus punya.

Anonymous,  November 25, 2012 at 5:15 PM  

Haji hadi tak layak jadi PM kerana bahasa orang putih pun dia tak pandai, begitu juga nik ajis pun tak faham orang putih, dan tidak ketinggalan Mahfus dan Mat sabu pun cakap orang putih macam kanak-kanak rabina lagi.

Kesian kepimpinan PAS yang terkial-kial untuk menguasai bahasa antara bangsa.

Anonymous,  November 26, 2012 at 7:30 AM  

dhpp tu ahli pas la... cuma ahli pas untuk bukan islam

Anonymous,  December 9, 2012 at 5:03 PM  

hei berapa mangkuk la kau orang ni... ahli pas untuk orang beragama islam jew... dhpp tu cuma penyokong jew... tp bukan ahli pas... TG haji hadi pon da kate yg di tak harap pada pangkat macam puak2 durja umno....otak tak ade kew masa nak komen.. main pakai otak lembu jew kau orang ni....

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP