SCORPENE: SYARIKAT GUAMAN TEMPATAN JADI EJEN FITNAH KERAJAAN

>> 01 November 2012



KUALA LUMPUR, - Nov 1 - Sebuah syarikat guaman tempatan telah memberikan maklumat palsu dalam satu surat rasmi kepada peguam Perancis menyatakan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) adalah sebuah pertubuhan berdaftar dibawah Suara Inisiatif Sendirian Berhad (SISB).

Ahli parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong mendedahkan perkara tersebut malah turut mendakwa Suaram telah menerima habuan puluhan jutaan ringgit.

"Syarikat guaman ini terlibat dalam dalam satu 'grand design' untuk menutup aktiviti bagi merosakkan nama negara dan menjatuhkan kerajaan sedia ada.

"Saya mendapat tahu syarikat guaman ini mendapat kontrak guaman dengan banyak GLC dan salah satunya adalah Tenaga Nasional Berhad (TNB)," katanya semasa perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 di Dewan Rakyat, semalam.

Pendedahan kerjasama di antara Suaram dan syarikat guaman ini terbongkar apabila surat rasmi dengan maklumat palsu kepada peguam Perancis didedahkan oleh Choo Keong di Parlimen semalam.

Menurutnya, surat yang ditulis dan ditandatangani oleh peguam berkenaan bertujuan meyakinkan peguam Perancis, William Bourdon dan Joseph Breham untuk mengaitkan nama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan isu pembelian kapal selam Scorpene ke mahkamah.

Beliau bagaimanapun mempersoalkan mengapa tiada sebarang tindakan undang-undang diambil terhadap Suaram selepas siasatan dijalankan selama sebulan yang lalu.

Ahli Parlimen Wangsa Maju ini turut mencabar Majlis Peguam untuk mengambil tindakan mahkamah ke atas peguam berkenaan kerana bertindak menyalahi kod etika amalan profesional kerana menipu fakta sebenar mengenai Suaram. - klpos

1 comments:

Nozaki Ana November 1, 2012 at 4:33 PM  

nie smua nak kaut publisiti je puak PR.....mereka nk menipu rakyat dgn pelbagai cara

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP