PAS DARI PANDANGAN ANAK MURID HAMKA

>> 30 November 2012


Saya ingin menceritakan kisah perjumpaan saya dengan seorang anak murid HAMKA sebentar tadi. Beliau menceritakan betapa sedihnya tentang keadaan politik Indonesia yang membawa kepada kekufuran umat yang juga menjauhkan umat Islam dari masjid.

Semasa itu juga beliau menceritakan mengenai perjalanan hidup HAMKA dalam mengembangkan syiar Islam. Beliau turut diiringi oleh anak saudara kepada HAMKA iaitu Hanief Rasyid yang juga merupakan anak saudara terdekat HAMKA.

Saya bertanyakan mengenai situasi politik Malaysia yang banyak hubung kaitnya dengan syiar Islam kerana pemerintahan Malaysia ini pastinya diketuai oleh seorang Melayu Islam.

Saya bertanyakan mengenai apakah hukumnya perjuangan PAS. Adakah perjuangan PAS selandas dengan syariat Islam yang sebenar?

Jawapannya mudah. Di atas kertas sememangnya benar PAS berjuang mengenai Islam tetapi perlaksanaannya jauh sama sekali dari Islam.

Contohnya fatwa yang dikeluarkan HAMKA di mana haram bagi orang Islam untuk berceramah di rumah ibadat orang kafir. Dalam pada masa yang sama juga, orang Islam sama sekali diharamkan untuk membenarkan orang kafir bercemarah dimasjid!


Adakah PAS melaksanakan perkara ini mengikut syariat Islam seperti yang dinyatakan HAMKA?

Dalam pada itu beliau juga menyatakan bahawa haram sama sekali untuk umat Islam menyokong dan bertuankan kepada seorang penyokong murtad.

Ini berdasarkan kepada kisah di mana HAMKA menyatakan mengenai masalah murtad di Indonesia yang mula menghalalkan murtad di era 60an. Di waktu itu HAMKA menyatakan dengan jelas bahawa tidak ada toleransi dalam akidah.

Ini bertentangan sama sekali dengan apa yang dilakukan PAS diwaktu ini dimana PAS pastinya akan melantik Anwar Ibrahim sebagai PM Malaysia sekiranya menang pada PRU akan datang. Anwar Ibrahim seperti diketahui pernah mengeluarkan kenyataan kontroversi dengan menyokong tindakan Lina Joy untuk murtad.



Di sini dapat dilihat dengan jelas bahawa perlaksanaan dan pegangan PAS tidak selari dengan Islam. Masih butakah orang PAS mengenai pegangan pemimpin mereka untuk mendapatkan kuasa?

1 comments:

taipingcentral_harapan melayu December 1, 2012 at 12:44 PM  

As salam dan Salam 1Malaysia bro.. Mohon di linkkan blog teman ni yer, agar tautan persahabatan mekar senantiasa..

http://taipingcentral.blogspot.com/

Untuk artikel terbaru TC seperti berikut:

http://taipingcentral.blogspot.com/2012/11/janda-indon-seksi-di-skodeng-oppa-doggy.html

Salam sahabat seperjuangan.. Mohon yee..

"Agar dapat di war-warkan pada yang lain"

tq bro...

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP