ULAMA PAS: GULINGKAN BN LEBIH PENTING DARI ISU MURTAD

>> 15 November 2012



KUALA LUMPUR 15 Nov - Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib berkata Dewan Ulama lebih tertarik untuk membincangkan usaha menggulingkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini berbanding isu soal kebebasan agama yang dicetuskan oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Menurut Harun, beliau percaya terdapat beberapa pihak yang ingin isu kebebasan agama itu dibincangkan pada Muktamar PAS ke 58 ini.

Namun, beliau menegaskan bahawa tiada keperluan untuk membincangkan hal tersebut.

"Ada yang mencadangkan isu kebebasan agama yang disampaikan rakan kita dijadikan topik utama, kita tidak ada masa hal bincang pasal tu. Kita fikir bagaimana nak gulingkan BN secara terperinci dan teratur," ketika berucap pada Majlis Perasmian Muktamar Pas Dewan Ulama hari ini.

Muktamar PAS ke 58 akan berlangsung pada 14 hingga 18 November ini bertempat di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa, Kelantan.

Ucaptama disampaikan oleh Naib Ketua Dewan Ulama, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad.

Sebelum ini, beliau berkata, kenyataan kontroversi Ahli Parlimen Lembah Pantai berkaitan hak kebebasan beragama tidak akan diperbahaskan Dewan Ulama' menerusi Muktamar PAS tahun ini.

Menurutnya, lebih banyak isu yang lebih diutamakan untuk dibahas. - klpos

1 comments:

Anonymous,  November 15, 2012 at 8:17 PM  

sokong melayu murtad..
sokong seks songsang..
sokong semua agama sama..

Pas cakap semua itu tak penting.. yg penting putrajaya...

Pas memang dah sesat...

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP