IBRAHIM ALI: NURUL IZZAH BUDAK MENTAH

>> 07 November 2012


KUALA LUMPUR 6 Nov - Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali mendakwa Naib Presiden Pakatan Rakyat, Nurul Izzah Anwar tidak memahami Islam secara mendalam selepas membuat kenyataan bahawa rakyat tidak seharusnya dipaksa untuk mengamalkan agama tertentu termasuk kepada orang Melayu.

Ibrahim membuat kenyataan tersebut selepas satu portal media berbahasa Inggeris mengeluarkan kenyataan Nurul Izzah dalam kenyataan forumnya baru-baru ini.

"Jangan bercakap kalau tak faham mengenai dengan hukum Islam. Saya sendiri tidak akan bercakap mengenai perkara-perkara yang saya tidak tahu terutama bab hukum agama dan serahkan kepada para ulama.

"Saya anggap Izzah budak mentah. Mungkin dia terpengaruh dengan bapa dia (Anwar Ibrahim)," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen hari ini.

Menurutnya lagi, kenyataan Nurul Izzah itu seolah-olah tidak menghormati kedudukan Yang di-Pertua Agong sebagai Ketua Agama Islam serta Majlis Raja-raja Melayu dan juga Majlis Fatwa Kebangsaan.

Tambahnya, kenyataan yang dibuat oleh Nurul Izzah itu hanya untuk meraih sokongan dikalangan orang bukan Islam.

Terdahulu, sebuah portal media berbahasa Inggeris melaporkan Nurul Izzah mengatakan rakyat tidak seharusnya dipaksa untuk mengamalkan agama tertentu termasuk kepada orang Melayu. - klpos

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP