PENCACAI PKR YAKIN MENU BABI ANWAR ADALAH HALAL

>> 30 June 2012


Ini adalah Twitter dari blogger pro BN Negeri Sembilan iaitu Merah Mato dan Prince of Pilah kepada seorang pencacai Anwar Ibrahim. Dari lagak penulisan pencacai ini, ternyata dia amat yakin perkakas yang digunakan oleh restoran tersebut adalah halal setelah disamak.

Dalam pada itu agak-agaknya pernahkan pencacai PKR ini terfikir siapa yang menyamak perkakas seperti kuali dan periuk di restoran tersebut? Adakah seorang Islam atau kafir? Dan adakah restoran tersebut terdapat pekerja Islam?

Dan percayakah anda bahawa restoran tersebut menyamak segala perkakas yang disediakan? Lagi satu keadaan, sekiranya anda ke restoran dan memesan teh ais kemudiannya pelayan tersebut menghidangkan teh ais dalam gelas tertera logo Tiger Beer, anda sanggup tak untuk minum? Saya percaya ramai orang Islam yang tak sanggup walaupun gelas arak tidak perlu disamak. Masalahnya isu ini melibatkan babi yang terang-terangan haram. Malah tukang masaknya hari-hari masak pegang babi kemudiannya masak sayur dan dihidangkan kepada anda. Anda sanggup makan atau tidak dalam keadaan ini?


0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP