ANWAR TIDAK MENGAKU SONGLAP RM 3 BILION. SERANG TUN M PULA

>> 25 June 2012


Anwar tidak mengaku melakukan aktiviti songlap duit rakyat semasa menjawat jawatan TPM pada masa lalu. Sebaliknya Anwar mengatakan perkara tersebut tidak wujud sama sekali. Hujahnya mudah iaitu "Ingat Mahathir boleh bagi peluang saya hidup jika akaun itu betul wujud? Sedangkan dulu tak ada kes pun beliau boleh belasah dan penjarakan saya".

Hujah Anwar terlalu bodoh dan lemah untuk meyakinkan rakyat sebaliknya hanya sedap didengar para penjilatnya sendiri. Sudah pastinya aktiviti songlap RM 3 bilion itu dilakukan di luar pengetahuan Tun M yang menjadi PM pada masa itu.

Malah sebelum peristiwa perbicaraan kes liwat Anwar semasa 1998, segala aktiviti luar tabi'i dan seks bebasnya juga gagal dihidu Tun M dan mana-mana pihak. Tetapi pada masa perbicaraan, semakin ramai saksi tampil dan tidak kurang juga yang mengakui menjadi mangsa liwat Anwar.

Pada masa ini pendedahan songlap RM 3 bilion ini dilakukan oleh Ummi Hafilda yang juga kakak kepada pencacai nombor satu Anwar iaitu Azmin Ali. Dan buat masa ini masih tiada hujah kukuh mampu diberikan Anwar dalam mempertahankan pertuduhan tersebut.

Jadi ada baiknya SPRM membuka kertas siasatan segera untuk mengheret perompak wang rakyat ini di muka pengadilan.

Nota: Pernahkan pencacai Pakatan terfikir kenapa Anwar terlalu takut untuk saman Ummi Hafilda?

1 comments:

Anonymous,  June 25, 2012 at 10:32 AM  

kalau buat tanpa pengetahuan Tun M, camne dia nak bertindak? esp waktu Tun M pegi bercuti dan hang yang memangku jawatan PM..apa punya alasan daaa..

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP