AHLI PAS MEMPUNYAI MUKJIZAT MERAMAL?

>> 18 June 2012


PAS bersungguh-sungguh memperjuangkan agar PRU tidak akan diadakan pada musim haji. Dalam satu tindak balas oleh Presiden PAS, Haji Hadi menyifatkan ianya taktik kotor oleh BN dalam memastikan BN terus memerintah kerana dikatakan bahawa majoriti ahli PAS tidak akan dapat mengundi kerana mengerjakan haji sekiranya tarikh PRU berdekatan dengan tarikh PRU.

Malah PAS mendesak banyak pihak untuk mengeluarkan fatwa sekiranya perkara tersebut benar-benar terjadi. Tambah menghairankan apabila pemimpin PAS meminta agar ahli-ahlinya menangguhkan proses haji pada tahun ini sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya ramalan mereka benar-benar berlaku.

Persoalannya, dalam pada PAS bukan main memainkan isu ini, sumber mana yang mengatakan PRU akan diadakan pada musim haji? Malah mampukah pemimpin-pemimpin PAS menampilkan nama-nama yang mempunyai profil politik yang tinggi seperti menteri dalam mengesahkan dakwaan PAS ini?

Sebenarnya ini hanyalah propaganda murahan PAS dalam mengelirukan rakyat. Dalam artikel terdahulu juga saya pernah menyebut bahawa bukan semua kuota haji itu dipenuhi oleh orang PAS. Tetapi mereka yang melompat seperti beruk kena belacan.

Dalam satu kenyataan media pada awal tahun juga PM pernah menyatakan bahawa tarikh PRU sudah ada dikepalanya dan PRU akan berlangsung setelah ekonomi negara meningkat (dari petikan BERNAMA jika tak silap saya). Jadi apa kejadahnya pak-pak karut PAS masih lagi terpekik-pekik mengenai tarikh PRU?

Malah dalam tempoh 12 bulan ini sahaja anda dapat saksikan bahawa PAS sudah meramalkan lebih daripada 10 tarikh PRU yang akan tetapi semuanya tidak benar. Tiba-tiba keluar pula ramalan tarikh PRU akan bertindih dengan musim haji. Daripada perjuangan PAS yang melalut ini sebenarnya adakah anda terfikir betapa PAS sebenarnya memperjuangkan agama atau semata-mata PRU?

Salah satu ramalan tarikh PRU oleh Dr Halimah Jongang. Akhirnya ramalan tinggal ramalan.

1 comments:

Anonymous,  June 18, 2012 at 9:29 PM  

Modal politik pembangkang.Sengaja buat spekulasi.Tak kanlah tak tahu taktik kotor begitu dah lama jadi mainan puak pak turut ni. Yang taksub melulu tu akan takbir walau agama mereka dihina pecacai kafir depan mata sendiri. Begitulah bila hidung dah diikat tali....

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP