RAFIZI LEMBU MENDABIK DADA KATA PM TAKUT DENGAN DIRINYA YANG LEMBU

>> 28 June 2012


Dalam satu ceramah PKR beberapa hari lepas, Rafizi mengakui bahawa PM terlalu takut akan skandal dan pendedahan yang dilakukan olehnya terutamanya melibatkan PM dan isteri PM. Malah Rafizi tanpa segan silu mengakui faktor itu merupakan faktor mengapa PM masih tidak mengumumkan tarikh PRU 13.

Sikap masuk bakul angkat sendiri Rafizi amat menjelikkan. Dalam satu sidang media pada awal tahun PM telah pun memberi pembayang bahawa tarikh PRU 13 hanya akan diketahui oleh PM dan tarikh tersebut sememangnya telah ada dalam percaturan PM. Jadi aksi Rafizi ini benar-benar mencerminkan kebodohan dirinya.

Malah setakat ini skandal dan pendedahan yang dilakukan Rafizi telah banyak dibongkarkan kepalsuannya. Terbaru mengenai isu pendidikan percuma yang dinyatakan Rafizi semasa debat bersama KJ. Isu ini sama sekali tidak realistik jika dibandingkan dengan keadaan negara Malaysia dalam masa 10 tahun ini.

Malah isu yang memberikan impak besar pastinya NFC tetapi itu pun masih dalam siasatan SPRM dan orang awam masih ragu-ragu mengenai pembawakan isu tersebut. Jika Rafizi benar-benar gah berkata-kata, mengapa tidak mencalonkan dirinya untuk bertanding di Terengganu iaitu kawasan tanah tumpahnya sendiri? Mengapa perlu ke Selangor untuk ke kawasan yang sudah ada jaminan menang? Siapa yang gentar?

Dalam satu bentuk juga, Rafizi hanya pandai mencipta isu dan apabila terkantoi segera dipusing. Malah sehingga ke hari ini pastinya kita terfikir mengapa budak setahun jagung ini diberikan mandat sebagai Ketua Penerangan PKR sedangkan masih ramai lagi YB-YB dalam PKR yang lebih senior tidak diberikan jawapan tersebut.

Jawapannya mudah. Kerana Rafizi sahaja yang sanggup menjadi pencacai Anwar Ibrahim!

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP