MASALAH SAMPAH MASIH LAGI GAGAL DISELESAIKAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR

>> 21 June 2012


Kerajaan Negeri Selangor menyatakan bahawa masalah sampah sudah hampir diselesaikan dengan pemberian kontrak memungut sisa buangan kepada syarikat swasta yang dilantik. Pelantikan ini penuh kontroversi apabila segala perbelanjaan termasuk lori sampah ditanggung oleh Kerajaan Negeri Selangor. Dari sudut lain ianya nampak seperti projek berunsurkan mengayakan kroni sendiri atau berniaga tanpa modal.

Malah dalam pada itu setelah hampir dua bulan kutipan sampah dilakukan syarikat tersebut, wakil Kerajaan Negeri Selangor dalam kenyataan media pada beberapa minggu lepas ada menyatakan bahawa masalah sampah sudah hampir selesai. Benarkah begitu?

Dalam laporan dan tinjauan penduduk setempat, masalah tersebut sampah sebenarnya cuba disorokkan. Realitinya kutipan sampah dilakukan secara tidak menyeluruh. Di Petaling Jaya dan Subang sendiri dapat anda saksikan sampah-sampah masih tidak dikutip dan berselerakan di tepi-tepi jalan.

Jadi dari mana sumber yang mengatakan masalah sampah sudah selesai?

Tambah memilukan apabila kegagalan ini tidak dijawab Kerajaan Negeri Selangor. Janji untuk mengutip secepat mungkin hanya tinggal janji. Setelah hampir 2 bulan isu ini diutarakan oleh penduduk setempat, keadaannya masih sama.

Sampai bilakah rakyat Negeri Selangor perlu menanggung ketidakcekapan dan sikap sambil lewa kerajaan negeri dalam menangani isu sampah ini?

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP