AKSI KEBODOHAN USTAZ PAS BERBANGGA DENGAN KAFIR BACA QURAN TUNGGANG-LANGGANG!

>> 24 June 2012



1. 0.28 "orang cina dalam PKR dan juga DAP baca Quran baca hadis. Walaupun dia baca tak betul pun tak apalah!"

Ulasan: Hadis mana yang membolehkan si kafir membaca Quran dan Hadis demi kepentingan politik? Malah dalam satu musyawarah para Ulama Mesir (tahun berapa tak ingat) telah menyatakan bahawa perbuatan tersebut haruslah ditegah kerana menjurus kepada pluralisme agama!

2. 0.45 "UMNO ni Islam macam budak tak baca Quran tak baca Hadis. Mari DAP dengan Pakatan Rakyat  yang baru sahaja kenal PAS boleh baca Quran boleh baca Hadis".

Ulasan: Kiranya maksud ustaz ini PAS hebat baca Quran dan baca Hadis? Jika begitu kenapa kemungkaran yang dilakukan oleh sahabat kafir mereka tidak ditegah? Ini yang dinamakan bersubahat dengan kemungkaran! Si kafir sewenang-wenangnya mempergunakan ayat Quran demi kepentingan politik dan para pemimpin PAS berbangga dengan kemungkaran tersebut.

3. 1.00 "kerana isunya yang paling penting ialah isu menjatuhkan Barisan Nasional".

Ulasan: Adakah matlamat menghalalkan cara?! Adakah kerana untuk mendapat kuasa politik segala bentuk perjuangan termasuk penggunaan kalimah ALLAH dan menggunakan ayat Quran sewenang-wenangnya dibolehkan? Ulama' mana yang berkata begitu? Seperti diketahui Syiah dan Khawarij membolehkan perkara tersebut dan kedua-dua aliran itu telah pun difatwakan sesat oleh para Ulama'.

Inilah yang dinamakan pluralisme agama iaitu semua agama sama rata yang diamalkan Pakatan Rakyat sekarang. Tetapi yang menghairankan ianya hanya menyerang Islam dan juga kalimah Allah.

Cukup penat selama lebih ratusan tahun para Anbiya' dan ahli sufi mempertahankan kesucian agama dari budaya pluralisme tetapi sayangnya pada hari ini dapat kat orang PAS habis dijual dengan harga yang murah.

Soalan bonus: Sekiranya perkataan Jesus digunakan oleh penganut agama Hindu di Kuil, rasa-rasanya melompat tak si betina rasis Teresa Kok menyerang kaum India?

Jadi, ini yang dinamakan kebodohan orang-orang PAS yang sanggup bersubahat dengan kafir untuk memperkotak-katikkan agama sendiri!

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP