ANTHONY LOKE KAKI TIDUR

>> 19 June 2012

Isu mengenai Anthony Loke sejak menjadi YB sudah lama dipertikaikan penduduk setempat dalam mewakili mereka untuk menyuarakan masalah rakyat dalam sidang DUN dan Dewan Rakyat. Untuk pengetahuan, Anthony Loke merupakan ahli parlimen kawasan Rasah dan ADUN kawasan Lobak.

Sejak Anthony Loke memegang tampuk kawasan, mimpi ngeri penduduk setempat mula tercetus. Contoh yang paling senang dilihat dapat disaksikan sendiri perbezaan di antara bandar Seremban dan Lobak. Ibarat langit dengan bumi! Walhal jika diikutkan Pekan Lobak itu sendiri masih diklasifikasikan sebagai bandar Seremban.

Jika anda datang ke Lobak, jangan terkejut dengan perubahan yang amat ketara. Jalan yang berlubang-lubang di tengah pekan dan juga keusangan gerai-gerai makanan di tepi jalan. Apabila ditanya kepada peniaga-peniaga tersebut, mereka banyak kali sudah meminta kepada wakil rakyat iaitu Anthony Loke untuk memperjuangkan nasib mereka tetapi sampai ke hari ini khabar berita dari Anthony Loke masih belum didengari.

Orang tengah sidang media kau sibuk main telefon!
Malah penduduk setempat juga merintih sikap Anthony Loke yang hendak jumpa batang hidung pun susah di kawasan sendiri. Masalah lain yang dapat dilihat juga seperti Flat Lobak yang berkeadaan usang seperti sarang penagih dan juga masalah kaum India yang di paras kemiskinan yang gagal dibela Anthony Loke sebagai wakil rakyat.

Ini belum lagi ditambah dengan lambakan kedai judi haram dan rumah urut seperti cendawan tumbuh sedangkan pejabatnya dengan kawasan maksiat tersebut tidak sampai 5 minit jika menaiki kereta. Masalah lain juga seperti kadar jenayah yang tinggi di Lobak dan masalah anjing liar berkeliaran juga gagal diselesaikan.

Apabila segala isu ini didedahkan pastinya Anthony Loke akan memberikan jawapan seperti lain-lain YB yang tidur iaitu "masalah tersebut sedang diatasi" atau pun "kami sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah tersebut". Realitinya masalah tersebut tidak pernah dibincangkan dalam sidang DUN dan pihak-pihak berwajib seperti Majlis Perbandaran Seremban juga jarang sekali menerima aduan dari pejabat Anthony Loke. Jika tidak diutarakan oleh wakil rakyat, bagaimana pihak berwajib mahu selesaikan masalah penduduk setempat?

Dalam keghairahan Anthony Loke berteriak slogan DAP iaitu "tukar", ada baiknya rakyat mula berfikir untuk menukarkan Anthony Loke dari menjadi wakil mereka yang terbukti kaki tidur.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP