ANWAR MEMPERTIKAIKAN SUBSIDI KERAJAAN KEPADA RAKYAT

>> 23 June 2012


Dalam satu sidang media di lobi Parlimen beberapa hari lepas, Anwar mengeluarkan kenyataan mempertikaikan peningkatan subsidi yang diberikan kerajaan kepada sektor-sektor awam dan rakyat biasa. Menurut Anwar, pertikaian ini kerana subsidi-subsidi tersebut bertujuan untuk menjadikan kroni-kroni kerajaan menjadi kaya. Ini berdasarkan unjuran ekonomi yang didakwa Anwar yang menguncup dan akan membebankan negara.

Dalam konteks ekonomi, kenyataan Anwar ini sebenarnya kenyataan yang bolehlah dikatakan diambil dari separuh sahaja daripada prinsip ekonomi. Dalam waktu ini, unjuran ekonomi di kebanyakan negara Asia sememangnya sedikit menguncup akibat ketidakstabilan harga bahan mentah seperti minyak dan juga getah. Jadi dalam masa yang sama kerajaan mengikut model ekonomi untuk merawat sebelum keadaan menjadi parah.

Tujuan subsidi ini adalah untuk mengekalkan harga-harga barangan dalam pasaran supaya tidak melambung seperti yang berlaku di zaman Pak Lah akibat kelambatan rawatan ekonomi. Dalam masa ini sememangnya kerajaan terpaksa menanggung defisit dan hutang akibat model ekonomi ini tetapi dalam masa panjang pulangannya akan dapat kembali kepada kerajaan dengan pengukuhan ekonomi sekiranya ekonomi terus merudum. Jadi di waktu itu, kenaikan harga barang kegunaan harian seperti makanan dan minyak tidak terus melambung tinggi sebaliknya hanya sedikit sahaja kerana kenaikan awal telah pun ditampung kerajaan.

Jadi sememangnya tidak cerdik jika Anwar mempertikaikan model ekonomi yang telah pun digunapakai banyak negara seperti Jepun dan Perancis yang terbukti berjaya.

Malah subsidi yang ditambah kerajaan ini pun bukanlah untuk sesiapa sebaliknya untuk rakyat juga kerana subsidi ini satu bentuk agihan terus kerajaan kepada rakyat. Jadi di bahagian mana yang didakwa Anwar kroni akan kaya?

Malah jika hendak dibandingkan dengan dasar buka jingga seperti penurunan harga minyak, model itu terbukti lebih membebankan dan pastinya akan membuat negara muflis dalam masa tiga tahun sahaja.

Ini satu perkara menarik yang saya kaji berdasarkan buku jingga.

Setelah beberapa pengiraan, saya mendapati model agihan buku jingga dapat dilaksanakan kerajaan Pakatan Rakyat sekiranya Malaysia membuka dagangan dengan Israel. Ini kerana negara Israel di sejak 20 tahun yang lepas telah menawarkan kepada banyak negara untuk membeli bahan mentah seperti minyak sawit, getah dan makanan pada harga 3 kali ganda daripada harga pasaran. Sungguh pun begitu, hanya segelintir negara Asia dan Afrika yang sudi berdangang dengan Israel.

Seperti yang diketahui, Anwar mempunyai hubungan unik dengan Israel. Jadi jangan hairan sekiranya Anwar menjadi PM, Malaysia akan terus membuka gerbang dangangan dengan Israel untuk menampung segala janji dalam buku jingga.

Jadi saya menyeru agar tolaklah Anwar Ibrahim menjadi PM kerana ianya pasti akan membinasakan negara.

2 comments:

Anonymous,  June 23, 2012 at 7:44 PM  

Malaun betul,dia juga yang kata nak bagi raayat harga murah,kena lah bagi subsudi.Apa kalau anuar PM macam mana nak bagi murah kalau tanpa subsidi....dasar mulut pembelit.

Anonymous,  June 23, 2012 at 9:11 PM  

Bapak rasuah ingat orang lain urus negara macam dia juga.

Kalau kita dapat boss kaki makan duit bila kita di arahkan untuk membeli sesuatu bagi syarikat kita. Maka kita sentiasa di tujukan soalan soalan pelik. Kerana boss kita bimbang kalau kita sapu macam dia masa dia di pangkat kita!

Anwar nak rakyat hidup susah baru jarum dia boleh jalan. Dia boleh lah duit rasuah berjuta juta.

Tak kerja sampai sekarang satu keluarga di boleh tampung dalam hidup mewah.

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP