NIK AZIZ MAHU BERTANDING LAGI. BILA MAHU BERSARA?

>> 29 June 2012


Nik Aziz sememangnya pernah mengeluarkan kenyataan akan bertanding lagi pada PRU 13. Malah kenyataan itu disambut baik pengikut khawarij dengan gembira. Ini membuktikan betapa Nik Aziz sememangnya belum puas dalam arena politik.

Tetapi cuba kita berfikir sejenak. Dalam satu masa lepas, Nik Aziz pernah menyatakan bahawa sekiranya Tun M berundur, maka Nik Aziz akan melepaskan segala jawatannya dan akan bersara. Namun sampai ke hari ini setelah hampir 10 tahun Tun M bersara, Nik Aziz masih gah berkata mahu bertanding lagi. Nilainya di sini inilah namanya cakap tak serupa bikin!

Sedar tak sedar Nik Aziz sudah menjadi MB Kelantan selama 22 tahun. Malah keadaannya dilihat amat uzur  sekali pada ketika ini. Dalam tempoh setahun ini sahaja cuba kira sudah berapa banyak kali Nik Aziz berulang ke hospital? Dalam keuzuran itu pun Nik Aziz mahu bertanding lagi?

Dalam satu sidang Dewan Rakyat pada tahun lepas, seorang ahli Parlimen DAP pernah mencadangkan agar calon-calon yang bertanding pada pilihanraya perlulah sihat tubuh badan. Namun cadangan itu ditolak oleh wakil kerajaan dan pembangkang. Tetapi sekiranya cadangan itu dilaksanakan, berapa ramai wakil rakyat pembangkang terpaksa melepaskan jawatan? Dan yang pastinya Nik Aziz pastinya tergolong dalam kumpulan tersebut.

Cara politik Nik Aziz kini membayangkan seolah-olah Nik Aziz akan membawa arena politiknya ke alam kubur. Malah yang paling menghairankan mengapa ahli PAS terlalu takut untuk bersuara untuk menyuruh Nik Aziz berundur? Adakah ahli PAS terlalu takut kehilangan pahala dan syurga seperti yang dijanjikan Nik Aziz?

1 comments:

Anonymous,  June 29, 2012 at 8:56 AM  

dulu masa tun mahadir PM pas melalak bila tun nak bersara macam2 tomahan ,bila puak2 mereka boleh pulak

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP