TAUKE DAGING JADI CALON BN DI AMPANGAN

>> 17 April 2013


Pemilihan Haji Abu sebagai calon Ampangan benar-benar mengejutkan ramai pihak terutamanya pembangkang. Ini kerana Haji Abu bukanlah calon yang disangka pembangkang yang akan bertanding dikerusi Ampangan.

Pemilihan Haji Abu ini amat sesuai kerana Haji Abu sememangnya anak jati Ampangan. Malah sebelum ini rata-rata penduduk Seremban pernah berjumpa dengan Haji Abu kerana Haji Abu ini seorang penjual daging di Pasar Besar Seremban.

Haji Abu juga orang kuat surau. Haji Abu amat disenangi penduduk kerana banyak bergaul dengan penduduk setempat. Jika dilihat kepada latar belakangnya, inilah calon yang memenuhi kriteria winnable candidate.

Untuk makluman juga ini adalah kali pertama Haji Abu bertanding sebagai calon PRU. Sebelum ini Haji Abu hanya bergerak sebagai jentera parti di Ampangan.

Ini calon yang akan merampas kembali kerusi Ampangan dari pembangkang.

5 comments:

Unknown April 17, 2013 at 10:05 PM  

padan ler tuu...sorang tauke daging,..sorang lagi tauke ikan!!!!

Unknown April 17, 2013 at 11:24 PM  

Hahaha... Jokiden..

Betul tu, beliau ini winnable candidate ni.. Sudah dua kali PRU namanya di sebut-sebut akhirnya menjadi juga.

Anonymous,  April 29, 2013 at 12:14 AM  

Salam. Beliau juga cucu Sheikh Haji Mohd Said dan cicit Sheikh Jamaluddin.

Anonymous,  May 4, 2013 at 2:43 PM  

Salam. Ya ALLAH berikan kemenangan kepada Haji Abu.... amin

Anonymous,  May 6, 2013 at 10:49 PM  

Syukur Alhamdulillah, Haji Abu menang.Kita perlu sentiasa bersyukur dgn apa yg kita ada.

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP