PENDAPAT RIDHUAN TEE MENGENAI SIAPA TIRU SIAPA BERHUBUNG MANIFESTO BN DAN PR

>> 15 April 2013


Apabila manifesto BN dilancarkan pada 6 April 2013, heboh satu dunia, katanya BN tiru manifesto PR. Saya tidak nampak ada copycatdi situ. Jika pun ada, so what? Kata orang putih. benda baik, apa salahnya dikongsi. Dalam Islam, tidak salah, malah digalakkan. Kenapa semuanya mesti bersangka buruk. Jenis masyarakat apakah yang ingin kita lahirkan? Semua orang buat tidak betul. Kita sahaja yang betul. Betulkah kita?

Terdapat pro dan kon dalam apa jua keadaan bagi sesiapa yang mendahului dan mereka yang melewati (kemudian) dalam apa jua bidang. Yang mendahului, mereka menjadi champion atau pioneer. Bagi mereka yang melewati, adalah peluang melihat kelemahan orang yang memulakan dan memperkemaskan kelemahan, jika ada. Apapun, tidak timbul soal copycat kerana ditulis dengan cara dan gaya berbeza. Peliknya perkara ini diperbesarkan. Dalam akademik, fakta yang sama tidak menjadi masalah.

Sama seperti isu ciptaan telefon. Jika barat yang mendahului, tidak salah negara lagi mengikuti. Syarikat Samsung (Syarikat Telekomunikasi Korea Selatan) yang didakwa menciplak patent telefon bimbit Apple, Iphone. Akhirnya, syarikat Sambung telah disaman. Setelah didapati ‘bersalah’, Samsung telah membayar saman tersebut dengan menghantar 30 truk lori berisi siling lima sen bernilai US$1.05 bilion kepada ibu pejabat Apple, di California. Jika perbicaraan ini dilakukan di negara timur, keputusannya mungkin berbeza.

Persoalan ini adakah Korea Selatan melakukan dosa besar? Saya rasa bangga Samsung bertindak sedemikian untuk mengajar kebongkakan Amerika. Sama juga kes Thailand menciplak jenama-jenama antarabangsa. Adakah tindakan Thailand itu satu jenayah? Siapa meniru siapa? Apatah lagi diberikan suntikan inovasi dan transformasi.

Maka tidaklah mengejutkan jika Timbalan Perdana Menteri berkata, PR meniru manifesto BN. Sebenarnya, manifesto PR memperbaiki ‘kelemahan’ BN memerintah selama ini. Isu yang dibangkitkan adalah isu biasa, cuma diberikan sedikit suntikan kosmetik. PR sudah tentu menganalisis apa yang dilakukan oleh BN selama ini dan memperkemaskini manifesto mereka. Dalam makna, asas-asas BN sedia ada dijadikan landasan untuk membuat manifesto. Tidak pula laman ultra kiasu kata ini copycat.

PR telah mendahului Barisan Nasional dengan melancarkan manifesto bagi PRU13 pada 25 Februari 2013, berbanding BN 6 April 2013. Jadi, tidak salah jika BN mengambil kira perkara-perkara yang disebutkan PR dan diberikan suntikan kosmetik. Kenapa perlu membuang masa menuduh sana sini. Sudah tidak ada kerja lainkah, selain mengintai kain orang?

Setelah meneliti manifesto BN, uniknya ada. Manifesto BN menggariskan apa yang telah dibuat sebelum ini, dan apa yang akan dibuat dalam tempoh 5 tahun akan datang, jika berjaya mengekal kuasa. Memang nampak lebih komprehensif daripada manifesto PR. Jadi, apa masalahnya?

Lebih serius lagi, PR mendakwa tema manifesto Barisan Nasional (Membawa Harapan) juga copy cat tema Pakatan Harapan Rakyat. Perkataan ‘harapan’ menjadi masalah, seolah-olah perkataan ini bapak kita yang punya. Manifesto BN dakwanya lagi tidak mempunyai roh reformasi yang amat diperlukan untuk merubah sistem yang bobrok.

Benar, manifesto BN tidak ada roh reformasi, kerana reformasi berbeza dengan transformasi. Manifesto BN membawa roh transformasi, bukan reformasi. Reformasi hanya sesuai kepada golongan permanent head damage atau Phd. Inilah yang berlaku dalam Bersih 2 dan 3. Pengikut-pengikut fanatik telah menjadikan keadaan kelam kabut. Unit amal yang sepatutnya beramal sudah tidak beramal. Saya harap tidak wujud lagi PhD ini.

Kenapa kita tidak professional seperti di negara barat? Mereka bersangka baik antara satu sama lain tidak kira lawan atau kawan. Kita pula tidak habis-habis membalas dendam dan menjahanamkan lawan. Pantang nampak kelemahan orang, digunakan secara ruang dan peluang untuk menjahanamkan.

Tiru-meniru adalah perkara biasa dalam politik. Apa yang tidak dilakukan oleh PR apabila berjaya memerintah beberapa buah negeri selepas PRU12? Semua jawatan kuasa di peringkat pusat, negeri, perbandaran dan lain-lain ditukar apabila memerintah, termasuk masjid dan surau. Cuma, saya jarang melihat orang lain menukar jawatan kuasa rumah ibadat mereka, berbanding kita. Berpecah dari A-Z. Tidak ada agenda bersama. Yang difikirkan hari-hari adalah untuk mematikan watak dan membunuh karakter. Inilah PhD.

Lihatlah betapa profesionalnya orang barat. Apabila Senator John Mc Cain kalah kepada Obama dalam pilihan raya presiden Amerika pada 2008. Mc Cain berkata Senator Obama has achieved a great thing for himself, and for his country,” he said, adding that he was sorry that Mr. Obama’s grandmother, Madelyn Dunham, who helped raise him during his teenage years, had not lived to see the day; she died on Sunday. “These are difficult times for our country, and I pledged to him tonight to do all in my power to help him lead us through the many challenges we face,” Mr. McCain said. “I urge all Americans who supported me to join me in not just congratulating him, but offering our next president our goodwill and earnest effort to find ways to come together.”

Jangkaan saya selama 13 kali kita melalui PRU demi PRU, corak dan paten kita berfikir akan berubah kepada keadaan lebih baik. Tetapi nampaknya, tidak begitu. Semakin dunia menjadi semakin tua, pemikiran tidak ikut sama tua (matang) tetapi semakin melahirkan ramai Phd. Golongan inilah sebenarnya yang menghalang apa jua penambaikan dan transformasi yang cuba dilakukan. Tidak ada guna reformasi, jika pemikiran kita tidak ditransformasikan. Phd ini berada di mana-mana termasuk dalam BN. Cubalah belajar mengenali dan menghindarkannya. Moga-moga kita menjadi negara maju.


0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP