CALON DAP ENGGAN BERTANDING

>> 19 April 2013


ALOR SETAR 19 April - Dalam tempoh kurang 24 jam sebelum hari penamaan calon esok, masalah dalaman pakatan pembangkang membabitkan pembahagian kerusi semakin serius apabila calon DAP di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Darul Aman, Dr. Lim Sin Keat enggan bertanding.

Sin Keat membuat keputusan tersebut sebagai protes kepada keputusan DAP Pusat yang menggugurkan Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik yang juga merupakan penyandang kerusi DUN Kota Darul Aman itu.

Beliau turut mendesak kepimpinan DAP Pusat untuk mempertimbangkan semula keputusan berkenaan supaya Guan Aik dapat bertanding semula di kerusi itu.

"Saya tidak akan menerima watikah pencalonan ini. Ini pendirian muktamad saya," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sin Keat diumumkan sebagai calon DUN Kota Darulaman oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada satu mesyuarat yang diadakan Khamis lalu.

Nama Sin Keat sebelum ini disebut-sebut mewakili DAP bagi Parlimen Alor Setar jika parti itu berjaya menuntut kerusi berkenaan daripada PKR namun ditolak. - UTUSAN

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP