PAS NS KANTOI KELENTONG

>> 18 April 2013


KUALA LUMPUR 18 April - Kerajaan Negeri Sembilan menafikan dakwaan PAS berhubung pembabitan kerajaan negeri dengan pencerobohan haram hutan simpan kekal di Muku.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tuduhan yang disifatkan sebagai tomahan itu tidak benar dan kawasan yang didakwa itu bukannya hutan simpan kekal Miku tetapi hutan simpan Johol.

“Julai tahun lalu, pihak berkuasa negeri meluluskan satu Projek Ladang Getah Timber Latex Clone bagi tujuan meningkatkan pendapatan masyarakat Orang Asli sekitar Kampung Charik dan Kampung Bari menerusi projek di kawasan Hutan Simpan Johol."

“Projek itu sejajar dengan keputusan Majlis Tanah Negara (MTN) Ke-68 yang membenarkan sehingga lima peratus keluasan kawasan hutan pengeluaran dalam hutan simpan kekal dibangunkan dengan projek ladang hutan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baru empat tingkat Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Ladang Sungai Salak Seremban Jaya, semalam.

Kenyataan tersebut dikeluarkan beliau bagi menjawab tuduhan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Pesuruhjaya PAS negeri Mohd Taufek Abd Ghani bersama beberapa ahli PAS yang membuat bantahan di kawasan yang didakwa mereka berlakunya pencerobohan haram.

Tambah beliau, kerajaan menjalankan pembangunan tersebut mengikut perlembagaan sah dengan mengeluarkan lesen pembalakan serta mendapatkan kelulusan dari Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Sembilan.

Katanya, JAKOA dengan bantuan RISDA akan bertindak sebagai agensi yang bertanggungjawab terhadap pembangunan tersebut.

“Projek ini membabitkan 410 hektar kawasan hutan daripada 155,000 hektar kawasan hutan simpan di Negeri Sembilan dan ia telahpun dipersetujui MTN. Malah, yang mengusahakannya adalah koperasi Orang Asli," ujarnya.

Jelas Mohamad, tujuan utama kerajaan negeri adalah untuk meningkatkan taraf ekonomi Orang Asli dengan merizabkan kawasan Orang Asli sebagai gazet kampung tradisional.

Kampung tersebut katanya lagi akan dimajukan dengan menjadikannya sebagai kawasan pertanian estet berkelompok dengan melakukan penanaman getah klon balak yang akan diuruskan oleh JAKOA.

“Cuma Pas tidak faham apa yang kita sedang buat sekarang," katanya lagi. - klpos

1 comments:

sweetsour April 18, 2013 at 5:36 PM  

mohon admin pautkan blog TPB di blog tuan.

http://thepoliticianblogger.blogspot.com

blog tuan telah sy pautkan di blog TPB

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP