NIK AZIZ: PAS SENGAJA TIDAK BINA MASJID

>> 18 April 2013



KOTA BHARU 18 April - Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sebelum ini menuduh UMNO membina masjid kerana mahu menjadi kontraktor, hari ini memberikan alasan mengapa kerajaan Pas Kelantan tidak membina rumah ibadat umat Islam itu di negeri ini.

Beliau, yang sebelum ini tidak pernah memberikan penjelasan mengenai kegagalan membina rumah ibadat umat Islam itu, memberitahu kerajaan Pas Kelantan sengaja tidak membina masjid di negeri ini supaya dapat mengajar rakyat agar mendirikannya sendiri.

Nik Abdul Aziz turut mempersoalkan, mengapa rakyat boleh mencari duit untuk membeli pelbagai benda lain, namun dalam masa yang sama tidak dapat membina masjid sebaliknya hanya bergantung kepada kerajaan.

"Kita (rakyat) cari duit untuk beli beras, beli kuih, beli rumah dan kereta, tetapi masjid kita tidak buat kerana hanya bergantung kepada kerajaan, ini salah.

"Alhamdulillah sekarang rakyat buat sendiri masjid. Ini satu kejayaan yang kami (kerajaan Pas Kelantan) buat di negeri ini dengan mengubah minda rakyat supaya hidup di dunia ini buat persiapan akhirat, jangan hidup di dunia berhenti setakat dunia sahaja.

"Kerajaan negeri tidak bina masjid, tapi menolong, membantu sahaja. Alhamdulillah kita berjaya. Hari ini kita tengok masjid besar yang dibina berpuluh-puluh ribu, saya cuma beri dua, tiga sen sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pembinaan Masjid Al-Ihsan hasil sumbangan penduduk di Perumahan Taman Wangsa Maju di sini hari ini.

Ketika ditanya mengenai pemilihan calon Pas untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) di negeri ini, Nik Abdul Aziz menjelaskan, semua calon yang terpilih terdiri daripada mereka yang benar-benar bertanggungjawab dengan Nabi Muhammad SAW. - Utusan

2 comments:

Unknown April 18, 2013 at 7:15 PM  

Untuk Masjid dia bagi dua tiga sen, tetapi untuk Bersih dia sanggup bagi dua tiga ratus..

Anonymous,  April 18, 2013 at 7:49 PM  

Kenapa pulak kalau ceramah, kempen pru PAS mewajibkan pulak ahli byr duit?? Mana pulak hasil kerajaan Pas utk bantu rakyat? Sedangkan masjid itulah untuk penyatuan umat sekeliling.

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP