NIZAR KALAH SAMAN NOMBOR PLAT WWW 1

>> 12 April 2013


KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammed Nizar Jamaluddin kalah dalam saman fitnah RM50 juta terhadap Sistem Televisyen M Bhd bersabit isu nombor plat kenderaan WWW1.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menggugurkan saman itu dengan kos pada Jumaat.

Pada 10 Julai lalu Nizar memfailkan saman berkaitan komen beliau mengenai nombor plat kenderaan WWW 1 yang dibida dengan harga RM520,000 oleh Sultan Johor.

Dalam pernyataan tuntutan, Nizar berkata pada 28 Mei lepas beliau membuat kenyataan mengenai nombor pendaftaran kenderaan itu menerusi akaun Twitternya.

Beliau kemudian pada 31 Mei mendakwa Utusan Melayu menerbitkan satu artikel di halaman 11 akhbar Utusan Malaysia mengenai perkara itu yang dikatakan berbaur fitnah.

ADUN Sungai Panjang itu mendakwa akhbar berkenaan menfitnah beliau sebagai seorang penderhaka terhadap Raja-raja Melayu, terutamanya Sultan Johor, seorang ahli politik yang anti-sultan dan cuba menghasut rakyat supaya membenci Sultan Johor. - antarapos

1 comments:

Unknown April 12, 2013 at 4:51 PM  

Padan dengan muka Lambai ni.. Tak sedar diri lagi tu.

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP