BERJASA ADALAH PARTI YANG MENGUNTUNGKAN DAP

>> 19 April 2013


BERJASA mengumumkan akan bertanding di Parlimen Seremban. Keadaan ini menyaksikan Parlimen Seremban akan mempunyai pertembungan empat penjuru iaitu BN, DAP, Bebas (John Fernandes) dan BERJASA.

Sasaran untuk parti BERJASA adalah orang Melayu. Sentimen yang dimainkan tidak jauh bezanya dari PAS kerana parti ini lahir dari ahli-ahli dan penyokong PAS yang kecewa. Jadi BERJASA merupakan satu alternatif kepada penyokong PAS yang sudah meluat dengan parti sendiri.

Penyertaan BERJASA untuk bertanding perlu disambut baik kerana ia melambangkan kesuburan demokrasi di negara ini. Tetapi pernahkah kita terfikir akibatnya pula?

Seperti sedia maklum, 50% pengundi Parlimen Seremban adalah orang Melayu dan selebihnya adalah bukan Melayu. Seperti yang kita ketahui juga orang-orang Melayu meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada barisan kepimpinan Datuk Seri Najib. Sungguhpun mereka mengundi MCA, UMNO masih menjadi dominan dan perkara ini menjadikan orang Melayu sebagai pemimpin tertinggi Barisan Nasional.

Tetapi apabila dalam keadaan seperti di Parlimen Seremban ini diandaikan undi Melayu berpecah sebanyak 20%, perkara ini sudah cukup untuk menguntungkan parti lain iaitu DAP. Jadi di sini, siapakah sebenarnya yang rugi?

Maka kita perlu berfikir secara jelas matlamat kita mengundi sebenarnya menguntungkan siapa. Lihatlah sendiri apa yang dilakukan DAP sejak memegang Parlimen Seremban pada 2008. Pusat maksiat seperti rumah-rumah urut dan judi siber seperti cendawan tumbuh. Manakala pemimpin DAP pula sekadar lepas tangan dalam isu ini dan hanya tahu menuding jari kepada pihak berkuasa tanpa memberikan kerjasama. Inikah yang kita mahukan?

Jadi dalam situasi ini, kita perlu membuka fikiran dan tidak hanya berfikir dalam satu sudut sahaja.

4 comments:

Anonymous,  April 19, 2013 at 12:11 PM  

Di Kedah semasa BN memerintah merekalah yang ikut sibuk berkempen untuk menjatuhkan kerajaan yang dikatakan sekular. Disetiap masjid mereka mengedarkan risalah-risalah mengutuk BN.
Bila kerajaan bertukar tangan, diperintah oleh Pakatan dan Pas sendiri sanggup membenarkan kalimah Allah digunakan oleh orang bukan Islam, sekarang mereka berkempen pula kononnya untuk memilih calon Muslim berwibawa.
Merekalah agaknya calon berwibawa.

Anonymous,  April 19, 2013 at 12:24 PM  

bekas ahli pas ker masih ahli pas?matlamat masih sama memecahkan undi untuk bn...ko nak bagi dap berkuasa ker?hampeh betul///

al-Lifsi,  April 23, 2013 at 2:06 PM  

Dalam beberapa forum antara Berjasa dan Pas yang saya hadir, sememangnya mereka tidak sebulu kerana Berjasa menolak 1.) hilangnya matlamat Negara Islam dan diganti Negara Berkebajikan 2.) Kerana PAS bersekongkol dengan Kafir DAP dan Liberal PKR...PAS tidak dapat menjawab dalil kenapa dibenarkan mengundi Kafir dalam keadaan wujudnya orang Islam..

Anonymous,  April 23, 2013 at 2:09 PM  

KUALA LUMPUR 23 April – Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya yang sebelum ini dikaitkan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) malam tadi secara terbuka mengaku telah mengundi Barisan Nasional (BN) dan akan terus mengundi parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Katanya, BN secara konsisten memperjuangkan Islam termasuk perundangan syariah di negara ini.

Tegas beliau lagi, Pas walaupun mengaku memperjuangkan Islam tetapi tidak mempunyai rekod kejayaan untuk dibuktikan.

Sebaliknya, ujar beliau, kerajaan BN yang selalu dimomokkan sebagai tidak tahu agama oleh pemimpin Pas, telah mengangkat martabat Islam.

“Pada saya undi adalah rahsia. Tapi saya dari dahulu mengundi BN kerana parti inilah yang sebenarnya memperjuangkan Islam.

“Puak sana yang kata nak buat hudud tapi sampai sekarang belum. Rotan apa yang akan digunakan untuk laksana hudud pun belum diputuskan,” katanya sinis dalam satu majlis di Flat Sri Melaka di Bandar Tun Razak di sini malam tadi

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP