KISAH PERAYU UNDI PAS KENA KEJAR DI PALONG

>> 30 April 2013


Ini kisah mengenai sekumpulan perayu undi dari PAS yang cuba berkempen di Felda Palong. Jentera-jentera ini mewakili calon mereka yang pasti kalah di DUN dan dan juga Parlimen. Hendak dijadikan cerita, kumpulan perayu undi ini masuk ke kawasan Felda Palong 1 untuk berkempen. Tetapi niat mereka untuk berkempen tidak kesampaian apabila penduduk kawasan Felda Palong 1 sudah tunggu untuk menghalau mereka. Tambah kelakar apabila ada penduduk yang langsung tidak mahu membuka pintu rumah untuk membenarkan mereka masuk berkempen.

Setelah dihalau, jentera-jentera PAS ini pun mencuba nasib pula di Felda Palong 2. Tetapi keadaan di Felda Palong 2 juga hampir serupa apabila sekumpulan penduduk tempatan menghalau mereka keluar dari kawasan tersebut. Kali ini mereka diberikan amaran sekiranya mereka tidak mahu meninggalkan kawasan tersebut, mereka akan "dipaksa" keluar.

Tetapi jentera PAS ini masih tidak mahu berputus asa. Mereka pun cuba pula untuk masuk berkempen di kawasan Felda Palong 3. Kali nasib memang tidak menyebelahi mereka. Penduduk tempatan telah menunggu mereka dengan jentolak untuk menghalau mereka.

Belum pun jentera-jentera PAS turun dari kereta dan motor untuk berbicara, jentolak telah dipandu oleh seorang penduduk tempatan untuk "menolak" mereka keluar dari kawasan tersebut. Maka lari lintang-pukanglah bertempiaran kumpulan-kumpulan perayu undi PAS itu. Malah mereka terus dikejar sehingga ke luar kawasan Felda Palong.

Moral: sarang tebuan jangan dijolok

ps: ini seperti yang diceritakan kepada saya oleh salah seorang perayu undi PAS di kawasan tersebut.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP