PAS AKAN TABUR ABU MAYAT CHIN PENG?

>> 24 September 2013


Tindakan PAS yang menempelak keengganan kerajaan membawa abu mayat Chin Peng ke Malaysia mula dipersoalkan. Ini jelas satu tindakan bermotif politik dan cubaan membawa fahaman serong kepada masyarakat Islam.

Pertamanya, orang Islam harus sedar apakah perjuangan Chin Peng selari dengan syiar Islam sehinggakan nama Chin Peng boleh dimartabatkan tinggi oleh pemimpin PAS. Jika ada antara kita yang mengangkat tinggi perjuangan Chin Peng, maka mereka ini tergolong di kalangan orang yang menghina perjuangan orang-orang terdahulu seperti ASP Zabry yang mati di medan perang untuk menentang komunis.

Membawa masuk abu mayat Chin Peng ke Malaysia adalah satu cara untuk memartabatkan perjuangan Chin Peng. Jadi jangan ada dikalangan kita tertipu dengan muslihat halus yang cuba dimainkan oleh pemimpin PAS.

Tindakan membawa masuk abu mayat Chin Peng ini juga merupakan satu tindakan yang selari dengan fahaman liberal yang dibawa oleh barat. Ini adalah contoh dimana batas-batas agama tidak lagi digunapakai. Ketua Komunis dan pemimpin PAS yang konon-kononnya memperjuangkan Islam sudah boleh duduk semeja.

Jika usung keranda kafir pemimpin PAS sanggup, tidak hairan pemimpin PAS merupakan orang pertama yang akan menabur abu mayat Chin Peng nanti

Jelas perbuatan PAS ini amat mengguris hati orang Islam. Tetapi demi perjuangan sahabat-sahabat mereka yang memperjuangkan fahaman songsang dalam Pakatan Rakyat maka perkara seperti ini sudah dihalalkan.

Tidak hairan dimasa akan datang perkara yang lebih dahsyat dari ini akan diperjuangkan PAS. Oleh itu kita saharusnya berwaspada dengan segala fahaman dan muslihat politik yang cuba dimainkan PAS.

2 comments:

Muslim,  September 24, 2013 at 3:29 PM  

Chin Peng tu kafir, mati dlm keadaan kafir, mengetuai kump yg menentang (memberontak) k'jaan yg sah, menzalimi bukan sahaja umat Islam bahkan juga yg bukan Islam, mk atas dasar apa umat yg mengaku Islam nak memberi penghormatan kpdnya ?
Kematiannya di luar M'sia tidak seharusnya menarik sebarang perhatian umat Islam di M'sia.

Anonymous,  September 24, 2013 at 4:28 PM  

APAKAN DAYA PAS TELAH HILANG SEGALANYA....HILANG MARUAH, HILANG AGAMA, HILANG JATIDIRI, HILANG BANGSA....SEGALANYA TELAH DIRENTAP DAN DIHINA ALLAH DI LUAR SEDAR ULAMA-ULAMA TEROMPAH PAS...BAHKAN MEREKA TERUS PERASAN DAN DITIMPA EGO DAN SOMBONG SEUMPAMA IBLIS....LANTAS MEMPERLEKEH SESIAPA SAHAJA DAN MENDAKWA DIRI SENDIRI SEMPURNA TAPI PADA PANDANGAN ALLAH MEREKA ADALAH SEHINA-HINA KEJADIAN DI MUKA BUMI MALAYSIA....MAKA JADILAH ULAMA PAS SERTA PENGIKUT DAN PENGANUT PAS BARANG MAINAN SIKAFIR DAN DIPERBODOHKAN SEBODOH BODOHNYA SAHINGGA TIADA BANDING DI MUKA BUMI INI.....ITULAH PARTI ISLAM YANG TIDAK ISLAM SEKALI PUN DALAM PERJUANGAN MEREKA...ISLAM HANYA ALAT UNTUK LEBAI LEBAI SERTA PEMIMPIN PAS MENBUNCITKAN PERUT DAN POKET.....SEDARLAH WAHAI ORANG BERIMAN DENGAN MENINGGALKAN PERJUANGAN PAS KALIAN LEBIH DIKASIHI ALLAH.

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP