APABILA FANATIK KETUA BAHAGIAN MENGAMUK

>> 06 September 2013


Ini sebahagian dari e-mail yang diterima,

apehal kau nak kempen lawan tok sahak? kau sape? kalau setakat dalam blog je berani tak payah la. kalau berani cakap depan-depan la. macam la orang tak tau kau berpakat dengan mb nak jatuhkan tok sahak. ko tengok la pemilihan nanti. tok sahak tetap akan menang.

Nampaknya fanatik-fanatik Ketua Bahagian melenting apabila pemimpin mereka dikritik di blog ini pada beberapa minggu lepas (KLIK). Ini hanya sebahagian dari e-mail. E-mail penuh tak perlulah dipaparkan kerana terdapat kata-kata kesat yang kurang enak untuk tatapan pembaca.

Ingin saya katakan di sini, selama lebih 20 tahun Ketua Bahagian memegang jawatan, apakah sumbangan dan penambahbaikan yang pernah dilakukan beliau dari menyelamatkan UMNO Bahagian Seremban yang semakin berpuak-puak? Bukankah Ketua Bahagian sendiri turut terlibat dalam memecah-belahkan UMNO Bahagian Seremban dengan menanam rasa kebencian terhadap individu-individu tertentu yang merupakan musuhnya dalam politik? 

Ini tidak lagi dikira melalui keputusan PRU yang lepas. Lihatlah di seluruh Negeri Sembilan, satu-satunya kerusi UMNO yang tewas terdapat di dalam Bahagian Seremban. Tetapi Ketua Bahagian masih tidak mengakui bahawa beliau harus memikul tanggung jawab dengan berundur apabila gagal menyelamatkan kerusi UMNO di Sikamat yang tewas dengan undi yang terlalu kecil.

Sepatutnya selepas PRU 12 lagi Ketua Bahagian telah berundur dari jawatan apabila UMNO hanya mampu menang 1 kerusi sahaja dari 3 kerusi yang ditandingi di dalam Bahagian Seremban. Tetapi ternyata Ketua Bahagian ini seorang yang bermuka tebal dan langsung tidak mahu mengakui bahawa beliau juga harus memikul beban kekalahan ini dengan berundur dari jawatan, bukannya sibuk menjatuhkan musuh-musuhnya dalam UMNO.

Bukannya ahli UMNO Seremban tidak tahu akan segala kejahatan dan permainan kotor yang dilakukan Ketua Bahagian. Boleh sahaja didedahkah di blog ini mengenai kejahatan Ketua Bahagian menyalahgunakan kuasa untuk menggantung mesyuarat cawangan yang tidak menyokongnya pada pemilihan yang lepas- lepas, kisah orang-orang kepercayaannya yang dianugerahkan tanah berekar-ekar hanya kerana jadi pak hangguk kepadanya, kisah orang-orang kepercayaannya melarikan duit KEMAS berpuluh-puluh ribu, dan perlbagai lagi. Bukannya tidak boleh didedahkan, cuma khuatir jika didedahkan akan mendatangkan kesan kebencian melampau terhadap UMNO Bahagian Seremban kerana menyimpan orang seperti Ketua Bahagian ini sebagai ketua.

Jadi kepada puak-puak fanatik Ketua Bahagian, fikir-fikirlah sendiri adakah UMNO Bahagian Seremban menuju ke arah yang positif selama Ketua Bahagian memegang jawatan. Jangan hanya kerana anda diberikan pelbagai inisiatif dari Ketua Bahagian anda terlupa yang manakah baik yang manakah buruk.

Untuk pengetahuan fanatik-fanatik Ketua Bahagian juga, blog ini sama sekali tidak pernah berkompromi dan ditaja mana-mana pihak samada MB, musuh-musuh Ketua Bahagian atau mana-mana pihak. Jadi puak-puak fanatik Ketua Bahagian jangan suka main tuduh sebarangan.

1 comments:

Budak Baghuh September 30, 2013 at 1:18 PM  

salam..mohon list http://orangkampungcyber.blogspot.com dlm senarai bloglist tuan..Tks

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP