MAT SABU MERAJUK?

>> 18 September 2013


Sudah kedengaran desas-desus Mat Sabu tidak akan mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PAS yang disandangnya pada hari ini. Ini berikutan tekanan yang diberikan oleh akar umbi PAS bahawa pengaruh Mat Sabu benar-benar memburukkan hala tuju politik PAS yang dilihat semakin longlai dan semakin sukar diterima oleh majoriti orang Melayu.

Dalam satu kenyataan, Nik Aziz menggesa agar kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat dikaji untuk menambahbaik kedudukan PAS yang dilihat semakin disisihkan oleh DAP dan PKR. Ini seolah-olah satu isyarat bahawa Mat Sabu gagal menjulang PAS di dalam Pakatan Rakyat kerana seperti diketahui Mat Sabu adalah orang kuat Anwar di dalam PAS.

Suara akar umbi PAS di Negeri Sembilan pula sudah berpecah dua. Satu mahukan Mat Sabu kekal dan satu lagi mahukan Mat Sabu segera meninggalkan jawatan. Suara mahukan Mat Sabu beredar lebih banyak kedengaran kerana reputasi buruk Mat Sabu sendiri yang gagal menang di kubu kuat PAS di Pendang pada PRU lepas.

Malah akar umbi PAS mempertikaikan mengapa Mat Sabu seringkali membawa anasir dan pengaruh PKR ke dalam PAS. Antaranya himpunan Balckout yang lalu dimana majoriti ulama PAS tidak merestui ahli PAS menyertai himpunan tersebut tetapi Mat Sabu menyeru agar ahli PAS menyertai dengan alasan dan skrip yang disediakan oleh Anwar dengan menyakinkan bahawa perhimpunan tersebut adalah perlu untuk survival politik PAS walaupun hingga ke hari ini masih tiada satu pun faedah yang diperolehi PAS dari perhimpunan tersebut.

Walau apa sekalipun masih terlalu awal untuk menduga arah tuju politik Mat Sabu. Yang pastinya akan ada campurtangan Anwar Ibrahim sendiri bagi memastikan ejen-ejen Anwar di dalam PAS akan terus dapat dikekalkan untuk terus menjadikan PAS kuda tunggangan di dalam Pakatan Rakyat.

2 comments:

Anonymous,  September 18, 2013 at 9:18 PM  

PAS semangkin lesu apabila Mat Sabu diangkat jadi Timbalan Presiden dan merapati DAP yang dulu dikutuk dan dihina.

Anonymous,  September 24, 2013 at 4:31 PM  

BIARKAN DIA DENGAN RAJUK BODOHNYA....SESUNGGUHNYA MAT SABUN DAH TAK ADA TEMPAT YANG MULIA UNTUK DIHUNI...APATAH LAGI UNTUK BERADA SEBARIS DENGAN MEREKA YANG BERAKAL...TINGGAL BELIAU DALAM PAS YANG HANYIR SAMPAI KE LIANG LAHAD KERANA PAS ADALAH HABITAT UNTUK MEREKA YANG TIADA AKAL DAN TOLOL.

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP