SISTEM PENERANGAN KERAJAAN TERUK

>> 03 September 2013


1. Semalam telah diumumkan harga minyak naik sebanyak 20 sen seliter dari RM 1.90/liter harga asal kepada RM 2.10/liter.

2. Rata-rata rakyat tidak berpuas hati kepada kenaikan tersebut. Ini kerana tiada penjelasan dan penerangan yang baik yang mampu dikemukakan kerajaan berhubung kenaikan harga tersebut.

3. Dalam satu sidang media, PM mengatakan bahawa punca kenaikan harga minyak tersebut bertujuan untuk mengukuhkan ekonomi negara. Tetapi sudah hampir 24 jam, tiada langsung penjelasan secara terperinci dikemukakan bagaimana kenaikan 20 sen ini mampu mengukuhkan sektor ekonomi dikala harga minyak dunia telah turun sejak minggu lepas.

4. Sistem penerangan kerajaan dilihat teramat teruk dalam mengemukakan idea dan penerangan yang baik kepada rakyat. Maklumat yang benar gagal disampaikan dengan baik. Malah kegagalan ini seringkali dieksploitasi pembangkang untuk dijadikan isu untuk menyerang kerajaan.

5. Bukan sahaja berhubung dengan kenaikan harga minyak, malah dalam isu-isu terdahulu seperti kenaikan harga terpung, gula dan ayam juga menunjukkan betapa lemahnya sistem penerangan kerajaan kepada rakyat. Jika tidak, masakan seorang menteri mampu mengatakan kita jangan makan ayam sekiranya harga ayam naik.

6. Tidak diketahui adakah kelemahan sistem penerangan ini disebabkan oleh PM atau punahsihat-punahsihat beliau kerana sejak zaman Pak Lah, masih tiada satu pun penjelasan yang baik yang mampu diberikan kerajaan berkaitan isu harga kenaikan barang.

7. Jadi sekiranya PM sayang akan jawatan beliau, sila cari penyelesaian kepada masalah penerangan kerajaan yang dilihat semakin lama semakin merapu.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP