CALON PIL KUDA MAHU SAMAN HAJI HADI

>> 22 July 2013


KUALA BESUT: Bekas calon PKR DUN Bukit Besi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu, Mohd Shamsul Mat Amin hari ini membuat laporan polis terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mendakwa beliau terlibat dalam pengedaran pil kuda.

Beliau berkata tuduhan Hadi pada sesi ceramahnya di Terengganu semasa kempen PRU-13 telah menjatuhkan imej serta maruah beliau dan keluarganya.

"Saya akan failkan kes di mahkamah ke atas Haji Hadi Awang. Akibat daripada ucapan tersebut, saya sentiasa diaibkan, diejek di kalangan masyarakat kampung saya.

"Saya telah menyebabkan nama baik saya, keluarga saya tercemar, termasuk kredibiliti parti saya. Saya menderita akibat perkara ini," kata beliau pada sidang media di sebuah hotel di sini, hari ini.

Shamsul juga berkata beliau telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kuala Terengganu pada jam 8.55 pagi ini bagi membersihkan nama beliau atas tuduhan fitnah yang dibuat oleh pemimpin PAS itu.

Kata beliau, walaupun Hadi tidak menyebut nama individu yang terlibat dalam pengedaran pil kuda tersebut, namun lokasi ceramah berkenaan menggambarkan seolah-olah beliau adalah pesalah itu.

Katanya lagi, sebagai pimpinan yang dihormati, Hadi sepatutnya menyiasat perkara itu sebelum mengaibkan mana-mana individu serta menyebarkan maklumat tidak benar kepada orang ramai.

Ditanya pemberita kenapa baru sekarang beliau membuat laporan polis, Shamsul berkata sekarang adalah masa yang sesuai kerana ia adalah pilihan raya kecil dan kenyataannya akan menjadi tumpuan media.

"Wartawan ramai, saya ambil peluang.

"Tuduhan Haji Hadi masa pilihan raya, saya juga jawab dalam pilihan raya," katanya lagi.

Pada April lalu, PAS menuduh PKR meletakkan calon “tangkap muat” dan terbabit dalam pengedaran dadah selain menjual kerusi kepada pihak lawan pada Pilihan Raya Umum ke-13. 

Dalam kenyataan yang mengejutkan, Hadi turut membidas PKR kerana bekerjasama dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang beliau sifatkan sebagai berkecenderungan komunis. 

Justeru, kata Hadi, PAS tidak ada pilihan kecuali meletakkan calon sendiri di kerusi-kerusi tertentu yang diagihkan kepada PKR oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat sebelum hari penamaan calon.

“Ada calon-calon yang kita khuatir, calon-calon yang kita ada maklumat tukang edar pil kuda..tukang edar pil kuda, nak jadi calon macam mana?

“Orang PAS tak boleh kerja calon macam ini..terang-terang saya sebut. Orang PKR pun tak terima, sudah-sudah mahu jadi calon..dengar cerita jual pil kuda..Tak perlu sebut daripada mana,” kata Hadi.

Susulan itu, pada pilihan raya 5 Mei lalu, PAS bertembung dengan PKR di beberapa kerusi. Antaranya di DUN Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera di Terengganu.

PAS turut melawan PKR di kerusi DUN Kota Damansara, Sungei Aceh di Pulau Pinang dan Panti di Johor serta kerusi Parlimen di Labuan. 

Semua calon pembangkang tumbang di tangan calon BN di kerusi-kersi yang menyaksikan pertandingan lebih dua penjuru itu. - antarapos

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP