CERAMAH PAS DIHADIRI 60 ORANG SAHAJA

>> 18 July 2013


KUALA BESUT 18 Julai - Sesi ceramah Pas untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut pada hari ke 7 hambar apabila dianggarkan hanya 60 orang sahaja menghadiri sesi ceramah di di padang berhampiran Sekolah Menengah (SMK) Nurul Ittifaq malam semalam.

Meskipun dihadiri oleh penceramah hebat seperti Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu ternyata sesi ceramah tersebut gagal menarik minat penduduk di kawasan berhampiran untuk menghadiri sesi ceramah tersebut.

Antara ternamaan yang hadir pada sesi ceramah tersebut termasuklah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Datuk Tengku Hassan Omar dan Calon Pas bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Azlan Yusof atau lebih dikenali sebagai Che Long.


Ketika dalam ceramahnya, Mat sabu melahirkan rasa keyakinan yang tinggi kepada penduduk di Pulau Perhentian akan memberikan undi kepada Pas memandangkan Calon Pas bagi DUN Kuala Besut, pada Pilihan Raya ke-13 (PRU13) lalu

"Semalam saya berada di Pulau Perhentian, disana sambutan yang diberikan agak baik kerana calon dahulu berasal daripada sana dan undi yang kita perolehi agak sedikit pada PRU lalu. Tetapi kali ini mereka lihat penduduk disana orang yang sesuai ganti kepada wakil rakyat dahulu ialah Che Long.

"Penduduk di Pulau Perhentian nampaknya begitu mesra dengan beliau dan saya yakin penigkatan sokongan yang tinggi kepada Pas pada 24 Julai nanti akan berlaku di Pulau Perhentian,"katanya ketika berceramah," katanya. - rakyatnews

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP