KENA DENDA TAK PUASA

>> 30 July 2013


KUANTAN: Dua lelaki, seorang daripadanya warga emas dikenakan hukuman denda RM500 oleh Mahkamah Syariah Kuantan selepas mengaku bersalah tidak berpuasa pada 12 dan 17 Julai lalu. 

Mohd Noh Johari@Atan, 68, ditahan ketika menghisap rokok di restoran Sin See Kee, Jalan Besar pada 12 Julai, jam 9.50 pagi. 

Abdul Aziz Abdul Majid, 48, pula ditahan ketika makan di sebuah pusat snuker di Kuantan pada 16 Julai, jam 1.10 tengah hari. 

Kedua-duanya yang ditahan anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang didakwa mengikut Seksyen 137 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1980 yang membawa hukuman denda RMM500 atau tiga bulan penjara atau kedua-duanya. 

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Syarie Samsul Kamal Kamaruddin di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Abdul Wahid Md Ali. 

Ini adalah kes pertama umat Islam tidak berpuasa dihadapkan ke Mahkamah Syariah di Pahang.-BERNAMA

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP