MELAYU PENJILAT DAP MEMPERLEKEH STATUS BANGSA DR. RIDHUAN TEE

>> 21 January 2013


Dr. Ridhuan Tee sering kali bersuara lantang mempertikaikan tindakan DAP yang gemar memperlekehkan hak orang Islam di negara ini. DAP terdesak untuk menyerang Dr. Ridhuan Tee kembali apabila segala isu berjaya ditangkis dengan baik secara ilmiah oleh Dr. Ridhuan Tee.

Baru-baru ini seorang pemimpin Melayu DAP, Dr. Ariffin Omar mengatakan bahawa perlembagaan Malaysia menjadikan sesiapa sahaja beragama Islam seperti Dr. Rihuan Tee menjadi Melayu. Ini menjadikan mereka mendapat hak-hak istimewa orang-orang Melayu walaupun mereka sebenarnya hanyalah saudara baru beragama Islam.

Perkara ini sama sekali tidak benar. Dr. Ariffin ini nampaknya bodoh benar dalam berbicara soal status bangsa seseorang. Dr. Ridhuan Tee banyak kali menyatakan bahawa dirinya adalah Cina dan sama sekali tidak mendapat apa-apa status keistimewaan hak orang Melayu walaupun beragama Islam.

Hal ini sengaja dibangkitkan DAP untuk menyerang kembali Dr. Rihuan Tee yang sering mempertikaikan sikap perkauman DAP yang berfahaman komunis yang langsung tidak mahu bertolak ansur dengan orang-orang Melayu di Malaysia.

Dalam pada itu perlembagaan Malaysia hanya menyatakan dengan jelas bahawa seseorang beragama Islam itu mempunyai beberapa kelebihan dalam beberapa faktor kerana status negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi. Tetapi perkara ini cuba diputarbelitkan penceramah-penceramah DAP bahawa seseorang yang beragama Islam akan terus menjadi "Melayu" di bawah perlembagaan Malaysia.

Dr. Ariffin seharusnya berasa malu kerana orang yang tidak faham perlembagaan itu adalah dirinya sendiri. Jadi tidak perlulah memperlekehkan status bangsa seseorang  hanya berdasarkan putar belit yang dicipta sendiri.

5 comments:

Anonymous,  January 21, 2013 at 6:21 PM  

Wahai Dr Arifin,

Dalam perlembagaan, semua orang Melayu dianggap beragama Islam, BUKANnya semua orang Islam tu dianggap Melayu...!!!

Beza tuuu...!

belajarlah sejarah betul-betul!

Anonymous,  January 21, 2013 at 6:32 PM  

Walaupun dr kat depan tapi dek dah berkawan lama dengan puak 2 dap, otak dia jadi biol......

Anonymous,  January 21, 2013 at 9:02 PM  

Haaa....bagus la klw semua yg beragama islam itu melayu,dberi hak keistemewaan. Maksud melayu,beragama islam,bertutur dlm bhs melayu dan mngamalkan budaya hidup melayu. Nmpk x,malaysia ni negara yg menjaga keistemewaan org islam secara xlangsung? Asal,dap nk buang keistemewaan ni? Dr kena ingat,doktor dh bjaya xsemestinya anak cucu dr pon bjaya. Mgkin diorg perlukan tongkat hak keistimewaan ni... Jgn sampai anak cucu slhkan apa yg Dr wariskan nnt

Anonymous,  January 21, 2013 at 10:44 PM  

Yg sebenar ny Dr Redhuan Tee dh lebih Melayu dr Melayu lg.Aku tk marah klau dia nk bercakap tentang Islam,tp bila dia mencerca kaum lain dn se olah2 itu ada lh suara org Melayu.Sebelum ni cuba tengok Astora Jabat yg bkn ny rkyt Malaysia pun tp berjaya me laga2 kn rakyat negara ini.

Tok Merah,  January 22, 2013 at 7:46 AM  

Anon 10:44 PM, seharusnya kamu bersyukur jika ada orang bukan Melayu yang mempertahankan hak orang Melayu(itu pun kalau kamu ni orang Melayu). Jangan jadi Melayu yang sanggup menggadaikan bangsa dan agama sendiri sekadar untuk sedikit kuasa. Orang Melayu masih perlukan banyak bantuan untuk menjadi bangsa yang benar2 gah dalam segala bidang. Jangan rasa sendiri dah bagus maka hak bangsa sendiri mahu diketepikan.

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP