ANWAR DIRESAPI AJARAN KIRI EVANGELIS

>> 10 January 2013


Seperti yang diketahui hari ini, pertubuhan-pertubuhan Kristian Malaysia mendesak agar penggunaan kalimah  Allah di dalam Bible bahasa Melayu dibenarkan. Perkara ini diperjuangkan di landasan platform politik oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Beberapa hari lepas Sultan Selangor bertitah tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah di dalam Bible versi bahasa Melayu.

Persoalannya, mengapa perlu dicetak Bible bahasa Melayu dan diedarkan di Semenanjung Malaysia kerana di Semenanjung sedangkan 99% orang Melayu di Semenanjung beragama Islam?

Ini kerana Bible tersebut nanti akan digunakan sebagai medium untuk memurtadkan umat Islam di Semenanjung Malaysia. Tujuan Allah digunakan di dalam Bible bahasa Melayu pula supaya timbul kekeliruan di kalangan umat Islam supaya agenda memurtadkan umat Islam dipermudahkan.

Hal ini sedang berlaku di Indonesia di mana angka murtad di Indonesia menunjukkan peningkatan setiap tahun. Ini semuanya bermula di era 60 an di mana puak evangelis yang rapat dengan Sukarno di waktu itu mendesak agar penggunaan kalimah Allah di Bible dibenarkan. Sukarno meluluskan resolusi tersebut. Tidak cukup dengan itu, undang-undang perkahwinan campur tanpa memeluk agama Islam digubal. 

Kesannya hari ini, Indonesia yang di waktu dahulu mempunyai populasi penduduk beragama Islam tertinggi di dunia telah jatuh ke tangga ketiga.

Penggunaan kalimah Allah di dalam Bible sendiri masih diperdebatkan di dalam agama Kristian. Fahaman Katolik tulen sama sekali menolak penggunaan kalimah Allah di dalam bible kerana berpendapat tidak wajar sama sekali menggunakan nama tuhan agama lain untuk merujuk kepada Jesus.

Pada tahun 50 an sebuah gereja evangelis berpengkalan di Israel telah membawa dalil-dalil yang menyatakan bahawa kesemua Bible wajar menggunakan kalimah Allah. Ini kerana dakwaan bahawa Allah sudah pun digunakan oleh penganut ajaran Kristian awal (agama Nasrani) sedangkan ajaran Nasrani pada zaman dahulu dan Kristian pada hari ini amat berbeza sekali.

Malah seperti yang diketahui kitab Bible yang diguna hari ini sudah digubah sebanyak lebih 2000 kali oleh paderi-paderi dan santo-santo Kristian.

Perdebatan masih berlaku di dalam agama Kristian. Tetapi pada hari ini Katolik semakin diresapi oleh ajaran evangelis. Semakin banyak paderi Katolik memperjuangkan fahaman sesat evangelis membenarkan penggunaan kalimah Allah di dalam Bible.

Pada 2007, seorang paderi evangelis dari Belanda mengeluarkan kenyataan menggesa agar kesemua penganut agama Krisitan menggunakan kalimah Allah di dalam Bible dalam semua bahasa. Perkara ini telah ditentang hebat oleh seorang paderi dari Amerika dari mazhab mormon dan menganggap bahawa evangelis adalah mazhab ektremis.

Paderi evangelis menggesa penggunaan kalimah Allah dalam Bible
Jadi sememangnya tidak patut sama sekali pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat memperjuangkan penggunaan kalimah Allah di dalam Bible kerana ianya akan sama sekali membawa agenda memurtadkan umat Islam.

Seperti yang diketahui juga Datuk Dr. Haron Din telah pun menyatakan bahawa "jatuh kufur membenarkan orang-orang kafir menggunakan kalimah Allah". Tidak wajar sama sekali untuk orang Islam menjual nama tuhan sendiri demi kuasa seperti apa yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim, Haji Hadi dan Mat Sabu.

Dalam hal seperti ini, mengapa PAS masih berdiam diri dalam keadaan Islam diperkotak-katikkan? Adakah kerana undi kafir syariat Islam ditolak ketepi?

Nota: pada 2008, sebuah gereja evangelis telah diserang oleh sekumpulan penganut agama Hindu di India kerana memperjuangkan penggunaan nama tuhan agama Hindu di dalam Bible.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP