RAKYAT MALAYSIA ANTARA TEBUSAN DI ALGERIA

>> 17 January 2013


PARIS: Rakyat Malaysia dan Filipina merupakan antara tebusan yang kini menjadi tahanan di pangkalan gas di Algeria, lapor saluran berita Perancis, France 24 pada Rabu berdasarkan apa yang dilaporkan mengenai perbualan telefon dengan seorang lelaki warga Perancis.

Stesen itu, hanya menyiarkan sedutan perbualan mereka yang amat singkat yang dirakam dengan tebusan Perancis, berkata bahawa lelaki itu telah memberitahu mereka bahawa dia bersama-sama dengan rakyat Inggeris, Jepun, Filipina dan Malaysia.

Agensi berita France 24 itu bagaimanapun menyebut, tiada cara untuk mengetahui sekiranya tebusan telah bercakap di bawah kekangan pihak yang menahan mereka.

Menurut stesen itu, warga Perancis berkenaan memberitahu bahawa tebusan ditahan dalam sebuah bangunan yang tertutup di pangkalan gas di selatan Algeria dan mereka yang menjadi tebusan mempunyai tali pinggang berisi bahan letupan yang dipakaikan kepada mereka sebagai halangan terhadap serangan mana-mana pasukan keselamatan.

Perancis tidak mengesahkan bahawa salah satu daripada rakyatnya merupakan di kalangan tebusan berkenaan.

Satu kumpulan militan memberitahu media Mauritania bahawa mereka menawan 41 warga negara Barat, antara mereka adalah rakyat Perancis, British dan Jepun, juga tujuh rakyat Amerika Syarikat (AS), di pangkatan gas, In Amenas, yang dikendalikan bersama oleh syarikat minyak British, BP dan syarikat Norway, Statoil dan syarikat bekalan kuasa Algeria, Sonatrach.

Pihak berkuasa Algeria berkata, seorang rakyat Algeria dan warga British telah terbunuh dalam serangan itu.

Beberapa sumber sebelum ini merujuk tebusan-tebusan tersebut antara lain adalah terdiri daripada beberapa rakyat AS dan Britain, seorang warga Perancis, seorang warga Ireland, serta beberapa rakyat Jepun dan Norway.

Satu kumpulan militan, dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman web Mauritania iaituAlakhbar sebagai berkata, penculikan itu merupakan pembalasan ke atas campur tangan tentera Perancis terhadap puak bersenjata yang merampas kawalan di utara Mali. - AFP

Nota: sama-samalah kita mendoakan keselamatan rakyat Malaysia yang dijadikan tebusan itu agar dapat pulang dengan selamat.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP