SELAMATKAN RUMAH ALLAH DARI DIROSAKKAN PAS SEPERTI INI

>> 07 January 2013


Surau Hitam di Ampangan sudah dirosakkan puak-puak penganut agama PAS dengan politik jijik mereka. Ahli Jawatankuasa yang dilantik terdiri daripada puak-puak mereka dan keadaan ini memudahkan mereka melakukan segala perbuatan keji mereka.

Dahulunya Surau Hitam ini tempat berhimpun penduduk beragama Islam di kawasan sekitar untuk beribadat. Tetapi sejak kebelakangan ini perpecahan berlaku apabila sebahagian penduduk setempat tidak lagi melakukan solat berjemaah di surau berkenaan. Ini kerana tindakan puak-puak PAS yang menjadikan surau tersebut sebagai medah politik mereka memancing undi.

Sering saya terdengar aduan mengenai keluhan masyarakat setempat yang mengatakan bahawa puak-puak secara terbuka mengutuk kerajaan di dalam surau tersebut. Ini bertentangan sekali dengan kehendak agama yang meminta agar dijauhkan hal dunia dari dibicarakan di dalam tempat ibadat.

Tidak cukup dengan itu, sejak 20 tahun lepas dihadapan surau ini dianjurkan ceramah politik PAS. Mungkin kerana dikatakan bahawa markas PAS berada di sebelah surau berkenaan jadi memudahkan segala urusan untuk berceramah. Tetapi bolehkah ceramah PAS yang seperti diketahui sememangnya penuh dengan cacian dan kejian dilakukan di halaman surau ini hanya kerana mahu memudahkan urusan mereka?

Markas PAS di sebelah Surau Hitam
Dahulunya surau ini berwarna putih. Tetapi sejak puak-puak PAS menjadikan surau ini seperti harta pusaka mereka, warna surau ini telah dicat kepada warna hijau yang juga sama warnanya dengan markas PAS di sebelah surau ini.

Warna surau ini dicemari dengan politik jijik PAS
Faktor warna inilah yang menyebabkan ramai makmum tidak mahu lagi menunaikan solat berjemaah di surau ini. 

Surau ini dibina hasil dari peruntukan yang diberikan oleh kerajaan negeri semasa era Tan Sri Isa Samad menjadi MB di Negeri Sembilan. Tujuannya supaya umat Islam dapat mendirikan solat berjemaah tanpa mengira faktor parti.

Jadi berdirinya surau ini hasil usaha dari seorang pemimpin yang digelarkan kafir oleh penganut agama PAS. Tetapi apabila dibina, dengan sesuka hati mereka menjadikan surau ini sebagai medan mereka berwadah politik.

Perkara yang hampir sama juga sedang berlaku di Masjid Jalan Jelebu. Jadi sebelum puak-puak PAS ini naik tocang, ada baiknya Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan bertindak sebelum kesemua masjid dan surau di Negeri Sembilan ini dirosakkan oleh fahaman politik jijik PAS.

3 comments:

Anonymous,  January 7, 2013 at 5:50 PM  

jangan mare fahaman politik suku, agama suku spt umno dah nak tamat tempoh

Anonymous,  January 7, 2013 at 6:16 PM  

Bila kafir bersuara tamatlah umat islam didunia. take beer! take beer! take beer! PAS PIS PUS

Anonymous,  January 7, 2013 at 7:14 PM  

mmg btl ape yg dikatakn oleh tuan pnya blog..surau tu dah di jadikan markas org dorg smpikn kami penduduk yg bdekatan tu trpaksa pegi ke surau yg bdekatan atau pon masjid paroi jaya..

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP