JUMLAH PESERTA HKR MENGECEWAKAN

>> 12 January 2013

Gambar dari The Star

Jumlah kehadiran peserta ke HKR sebentar tadi amat mengecewakan bagi pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. Jumlah peserta dianggarkan berjumlah seramai tidak lebih dari 80,000 orang di setiap pelusuk tempat. Di Stadium Merdeka jumlah peserta seramai 50,000 sahaja kerana kapasiti stadium tersebut yang hanya boleh memuatkan sekitar 47,000 orang. Manakala di luar stadium dan kawasan sekitar dianggarkan berjumlah antara 15,000 ke 20,000 orang.

Jumlah ini dilihat gagal memberikan penambahan besar berbanding dengan BERSIH 3.0 kerana kali ini setiap peserta sama sekali tidak diganggu mana-mana pihak untuk berhimpun. Malah keselamatan mereka dijamin oleh pihak polis.

Angka sasaran seramai 1 juta amat jauh sekali untuk dicapai. Jadi keputusan perhimpunan ini adalah GAGAL!

Kali ini juga dilaporkan hampir kesemua gerakan kiri menyertai perhimpunan ini termasuk penyokong LGBT, Punk, kumpulan pro Chin Peng dan pelbagai lagi. Tetapi penyertaan mereka masih gagal memberikan jumlah sasaran 1 juta.

Kumpulan Punk turut menyertai HKR
Portal-portal pembangkang pula terpaksa membuat cerita-cerita hebat seolah-olah perhimpunan tadi amat berjaya demi menutup malu kegagalan pihak penganjur untuk mencapai sasaran. Malah Hishamudin Rais menyatakan jumlah peserta seramai 500,000 orang walaupun semua pihak semua maklum bahawa angka tersebut amat jauh dari jumlah kehadiran sebenar peserta.

Perhimpunan tersebut tamat pada pukul 4.50 petang. Ini berbeza dengan jadula penganjur yang mengatakan bahawa perhimpunan tersebut akan tamat pada 7.00 petang. Tidak diketahui mengapa perhimpunan ini ditamatkan lebih awal. Mungkin kerana penganjur sudah kecewa angka sasaran tidak tercapai?

Pemimpin-pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat yang tidak menyertai demo juga agak ramai. Ini seolah-olah menunjukkan protes mereka terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat yang sedia ada.

Buat masa ini Anwar masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai status perhimpunan ini yang diklasifikasikan oleh Anwar sebagai gagal atau berjaya. Kita tunggu komen Anwar dalam masa terdekat.

2 comments:

Anonymous,  January 12, 2013 at 8:33 PM  

ini adalah perhimpunan orang2 yang ada masalah, ada akal tapi tak boleh secara waras berfikir mana yang baik dan mana yang tidak baik.

Anonymous,  January 12, 2013 at 8:52 PM  

http://4.bp.blogspot.com/-Cky0aioSFk0/UPFW23F2m0I/AAAAAAAAwaA/CGbHoQn5JjM/s1600/TUKAR_TIUB_BANGANG_001.jpg

fakta capacity stadium merdeka dalam tu

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP