MALAYSIA PERLU BERGABUNG DENGAN NEGARA LUAR UNTUK MENGHENTIKAN CAMPUR TANGAN ASING

>> 21 June 2013


Sudah dua hari kerajaan Brazil menghadapi protes dari kalangan pertubuhan-pertubuhan berhaluan kiri yang mendesak agar kerajaan memberikan pas percuma pengangkutan kepada rakyat. Pertubuhan-pertubuhan berhaluan kiri ini digerakkan oleh tangan-tangan asing yang mahu menumbangkan kerajaan-kerajaan yang tidak berpaksi kepada mana-mana pihak (blok negara-negara berkecuali) dan menubuhkan sebuah kerajaan boneka yang pro Amerika dalam usaha menyekat pengaruh Russia dan China yang dilihat terlalu berkuasa dalam politik dunia.

Protes di Brazil dengan memakai topeng Guy Fawkes
Pendekatan yang dilakukan oleh Kerajaan Brazil untuk membendung masalah ini agak ekstrim. Polis anti-rusuhan dikerahkan untuk menghentikan protes ini. Sudah puluhan pendemo ditangkap dalam masa kurang 24 jam.

Di Turki juga, protes jalanan turut berlaku sejak beberapa hari lepas yang digerakkan pertubuhan berhaluan kiri terhadap kerajaan. Berbeza dari Brazil, skala pendemo di Turki lebih kecil. Tetapi pendekatan yang dilakukan oleh Kerajaan Turki agak beebeza dari kerajaan Brazil. Kerajaan Turki masih tidak melakukan sebarang tindakan. Kerajaan Turki lebih gemar bermain secara selamat dengan cara "tunggu dan lihat".

Protes di Turki yang tiada bezanya dengan protes di Brazil
Di Malaysia pula sejak beberapa minggu lepas, telah berjalan protes jalanan yang digerakkan Anwar Ibrahim untuk membantah keputusan PRU 13 yang dikatakan tidak adil. Protes ini akan terus dilangsungkan walaupun tidak mendapat kelulusan permit.

Kerajaan Malaysia harus sedar. Realitinya golongan pendemo ini bukanlah terlalu kisah mengenai permit, tapak demo atau rusuhan. Apa yang mahu mereka mahu lakukan hanyalah berdemo dan mencetuskan ketegangan. Jadi tiada gunanya Kerajaan Malaysia bertoleransi lagi dengan golongan-golongan protes jalanan ini kerana mereka telah bertekad untuk berdemo demi menunjukkan kepada dunia konon-kononnya kerajaan sedia ada tidak berlaku adil dan memuaskan pihak penaja mereka dari luar yang mahukan aktiviti protes jalanan ini dijalankan sekurang-kurang 4 kali dalam setahun (sekali untuk setiap musim).

Protes Blackout 505. Cuba cari di mana topeng Guy Fawkes?
Di waktu ini negara-negara yang menghadapi masalah protes dari golongan berhaluan kiri ini terlalu banyak. Malaysia masih lagi dikategorikan sebagai "minor protest" kerana protes jalanan di Malaysia masih gagal memberikan impak yang besar seperti di negara arab. Tetapi sekiranya dibiarkan tidak mustahil kerajaan akan tumbang kerana telah dibuktikan di negara-negara lain.

Jadi, mungkin sudah sampai masanya Malaysia duduk semeja dengan negara-negara yang menghadapi masalah yang sama memikirkan jalan penyelesaian mengenai masalah protes jalanan ini. Sudah sampai masanya kerajaan Malaysia bertindak untuk menghentikan rangkaian antarabangsa ini yang dilihat tidak akan berhenti selagi objektif mereka untuk menumbangkan kerajaan sedia ada tidak tercapai.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP