PAS NEGERI SEMBILAN DIARAH SERTAI BLACKOUT 505?

>> 14 June 2013


PAS semakin celaru kerana terbahagi kepada dua. Satu kumpulan menyokong perhimpunan haram Blackout 505 manakala satu lagi menentang keras perhimpunan tersebut. Kumpulan Majlis Syura dan PAS Kelantan telah mengeluarkan kenyataan terbuka untuk tidak menyokong perhimpunan Blackout 505 manakala kumpulan Anwarinas dalam PAS mengiyakan sahaja arahan Anwar untuk menjayakan perhimpunan haram ini.

PAS Negeri Sembilan diambang dilema apabila Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan terikat diantara dua arahan. Satu arahan Majlis Syura yang tidak mahukan ahli PAS menyertai manakala satu lagi arahan dari Anwar selaku ketua pembangkang untuk menyokong segala program yang diadakan Pakatan Rakyat.

Semasa Blackout 505 di Seremban, ahli-ahli PAS Negeri Sembilan hadir atas arahan daripada beberapa individu yang bukan ahli PAS. Tetapi ada juga ahli PAS yang mendakwa Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan mengeluarkan arahan tidak rasmi untuk menyertai perhimpunan tersebut. Arahan tidak rasmi yang dimaksudkan ialah arahan yang dikeluarkan secara tidak terbuka. Sehingga kini, masih tidak dapat dipastikan apakah arahan tidak rasmi ini benar-benar wujud atau sekadar tipu helah yang diwujudkan untuk menendang Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan yang juga seorang puak Anwarinas.

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan sebagai VIP di Blackout 505 di Seremban
Berdasarkan kepada keadaan, PAS Negeri Sembilan mempunyai alasan yang kukuh untuk menyertai Blackout 505. Ini kerana PAS tewas di semua kerusi yang ditandingi di Negeri Sembilan. Jadi dengan cara menyetai Balckout 505 akan dapat meluahkan kekecewaan mereka yang konon-kononnya kemenangan BN adalah berdasarkan kepada penipuan.

Sehingga ke hari ini masih tiada arahan rasmi dikeluarkan PAS Negeri Sembilan samada perlu menyertai atau tidak menyertai Blackout 505. Tetapi berdasarkan kepada pemerhatian, agak ramai juga ahli-ahli PAS Negeri Sembilan menyertai Blackout 505 yang diadakan di Seremban tempoh hari. Cuma ingin dipastikan, apakah pendirian PAS Negeri Sembilan mengenai Blackout 505?

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP