SUDAH-SUDAHLAH FAMA MENGUGUT PENIAGA MELAYU

>> 13 June 2013


Pada dua tahun lepas, JPM dengan kerjasama Menteri Industri Asas Tani telah bekerjasama untuk menubuhkan Pasar Tani kekal di setiap negeri. Peruntukan perbelanjaan akan dikeluarkan oleh kerajaan persekutuan dan disalurkan ke FAMA negeri untuk menjayakan perkara tersebut. FAMA negeri pula akan bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam memilih kawasan yang sesuai dan peniaga-peniaga yang berminat.

Pada awal tahun ini, Pasar Tani kekal yang dinamakan Pasar Komuniti dan Karavan (PAKAR) telah beroperasi di km 12 Jalan Seremban-Kuala Pilah, Paroi, Seremban. Kos perbelanjaan dianggarkan bernilai RM 5.8 juta berdasarkan kepada laporan FAMA negeri.

Tetapi PAKAR di Negeri Sembilan langsung tidak mendapat sambutan yang dijangkakan kerana beberapa faktor. Antaranya promosi yang dilakukan oleh FAMA negeri dilakukan sambil lewa dan kedudukan PAKAR yang terlalu jauh dari kawasan tempat tinggal.

Semakin hari semakin ramai peniaga-peniaga menghentikan perniagaan di PAKAR kerana tiada pembeli. Ini menyebabkan perniagaan mereka mengalami kerugian setiap hari. Dari lebih 80 peniaga, yang tinggal hanya beberapa belas orang. Ini kerana perniagaa tersebut tidak mampu memberikan keuntungan.

Jadi FAMA mengambil inisiatif baru untuk memeriahkan FAMA. Cara yang digunakan ialah dengan mengugut peniaga-peniaga FAMA Seremban untuk berniaga di PAKAR.

Pada pertengahan bulan April, Pengarah FAMA Negeri Sembilan telah mengeluarkan kata-kata ugutan kepada peniaga-peniaga Pasar Tani di sekitar Seremban. Kata-kata tersebut berbunyi sekiranya peniaga-peniaga yang berniaga di kawasan FAMA enggan berniaga di PAKAR, maka peniaga-peniaga tersebut akan diambil tindakan. Mereka akan dipecat dan sama sekali tidak akan dibenarkan berniaga dimana-mana lagi kawasan Pasar Tani sekitar Seremban.

Maka peniaga-peniaga yang diugut terpaksa membuka kembali perniagaan mereka di PAKAR walaupun mereka tetap mengalami kerugian setiap hari. Tambah memilukan apabila terdapat peniaga-peniaga hampir gulung tikar kerana arahan FAMA negeri ini.

Perkara ini telah pun mendapat liputan akhbar Utusan Malaysia pada minggu lepas dimana keadaan PAKAR yang tiada sambutan. Jawapan-jawapan yang diberikan pihak FAMA negeri kepada kerugian yang dialami peniaga juga menunjukkan sikap tidak bertanggung jawab dan lepas tangan mereka dalam melaksanakan amanat mereka.

Ini pula keluhan dari peniaga. PAKAR tidak mendapat sambutan kerana kebodohan pegawai-pegawai FAMA negeri memilih lokasi untuk pusat perniagaan tersebut. Kawasan yang sedia ada ini hanya dikelilingi hutan. Objektif FAMA ialah untuk mendekatkan peniaga kepada masyarakat. Jika pasar yang ada pun dibina di dalam hutan dan jauh dari kawasan prumahan, bagaimana masyarakat mahu datang berbelanja?

Semakin hari perniagaan mereka semakin lumpuh. FAMA telah berjanji akan membuat promosi untuk menarik lebih ramai pembeli tetapi sehingga ke hari ini keadaan masih sama. Peniaga-peniaga semakin menanggung kerugian.

Jawapan Pengarah FAMA kepada Utusan Malaysia juga boleh dipertikaikan. Pengarah FAMA berjanji akan menggiatkan lagi promosi. Persoalannya, takkanlah sudah hampir 6 bulan beroperasi FAMA baru terhegeh-hegeh untuk melakukan promosi yang berkesan? Habis tu selama ini FAMA sekadar goyang kaki sahaja untuk membantu peniaga-peniaga tersebut?

Kebodohan FAMA juga terserlah di awal projek pembinaan PAKAR ini. Seharusnya FAMA perlu duduk semeja dengan para peniaga berbincang lokasi yang strategik kerana peniaga-peniaga ini pastinya lebih arif untuk memajukan perniagaan mereka. Sebaliknya FAMA lebih gemar duduk semeja dengan kaki-kaki kipas yang mengiyakan segala keputusan mereka tanpa memikirkan segala faktor.

Akibatnya kerana kesilapan FAMA memilih lokasi, para peniaga terpaksa menanggung kerugian. Tidak cukup dengan itu, mereka diberikan ugutan yang tidak munasabah. Inikah yang dikatakan membantu peniaga-peniaga Melayu?

Seharusnya FAMA mengambil jalan yang lebih kreatif untuk menyelesaikan masalah ini. Tapak PAKAR yang sedia ada terbukti tidak mendapat sambutan. Maka cara lain perlu dilaksanakan selain dari promosi. Jika FAMA masih berdegil, saya percaya akan lebih ramai peniaga-peniaga Melayu gulung tikar selepas ini.

2 comments:

zeinjb June 13, 2013 at 6:31 PM  

Sama jugalah di Jln Tahana, Larkin JBU. FAMA belanja besar buat tapak, tapi perniagaan kurang akhirnya tempat tu ibarat hidup segan mati tak mahu.

Anonymous,  June 14, 2013 at 12:39 AM  

Amat typical apabila sesuatu projek yang "commercial oriented" apabila diberi kepada organisasi kerajaan selalu gagal kerana yang membuat projek tersebut hanya buat seperti lepas batuk di tangga. Asal buat udah ler....budget dah ada, sapu jer.....Jangan marah, ini adalah kebenaran.

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP