ANGGOTA POLIS CEDERA ANGKARA PENDEMO DI PARLIMEN

>> 24 June 2013



KUALA LUMPUR 24 Jun - Seorang anggota polis dilaporkan tercedera dalam satu kejadian demonstrasi di hadapan pintu masuk Parlimen di sini pagi tadi.

Kejadian berlaku setelah pihak polis sedang mengawal sekumpulan kecil penyokong Blackout 505 yang enggan bersurai dari lokasi tersebut.

Peserta himpunan tersebut mula berkumpul di Parlimen selepas bergerak dari Padang Merbok, Kuala Lumpur bagi menghantar memorandum kepada Perdana Menteri mengenai isu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Identiti anggota polis yang cedera masih belum dikenalpasti.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad mengesahkan seramai 26 peserta demonstrasi ditahan dalam perhimpunan tersebut termasuk beberapa yang lain tampil untuk menyerahkan diri.

Kumpulan tersebut dikatakan akan berkumpul semula di Padang Merbok bagi satu sesi taklimat pada petang ini- klpos

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP