KETUA PEMUDA MAHU BERTANDING TIMBALAN KETUA BAHAGIAN? WAKAKAKKA........

>> 28 August 2013


1. Shahrul Ekhsan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seremban tidak habis-habis menimbulkan masalah. Sebelum ini blog ini pernah mendedahkan mengenai pelbagai kepincangan dan kesalahan Ketua Pemuda ini tetapi nampaknya Ketua Pemuda ini masih tidak serik-serik menimbulkan masalah.

2. Pada PRU lepas, Pemuda UMNO Pusat telah menyalurkan dana berjumlah RM 80,000 kepada setiap Pemuda Bahagian di seluruh Malaysia. Wang ini disalurkan untuk membantu jentera kempen pilihanraya UMNO. Wang ini diberikan secara tunai kepada mana-mana wakil Pemuda Bahagian samada Ketua Pemuda, Bendahari atau sesiapa sahaja yang diamanahkan menerima.

3. Ketua Pemuda Bahagian Seremban telah menerima RM 80,000 itu tetapi persoalan yang timbul, dimanakah wang RM 80,000 tersebut?

4. Bendahari Pemuda Bahagian telah mengesahkan bahawa tiada di dalam penyata kira-kira wang tersebut telah dimasukkan ke dalam akaun Pemuda Bahagian. Semakin hari Bendahari Pemuda diajukan soalan yang sama dimanakah wang RM 80,000 tersebut oleh ahli-ahli Pemuda Bahagian.

5. Wang tersebut telah masuk ke dalam poket Shahrul Ekhsan sendiri. Dan akibatnya, Bendahari Pemuda Bahagian akan menjadi kambing hitam. Dimaklumkan, laporan SPRM akan menyusul pada bila-bila masa dan pastinya Bendahari Pemuda Bahagian yang tidak tahu apa-apa akan dipersalahkan.

6. Pada Pemilihan akan datang nanti, Shahrul Ekhsan ini tidak segan silu menawarkan diri untuk bertanding Timbalan Ketua Bahagian. Malah Shahrul Ekhsan telah berjumpa dengan MB untuk meminta dana untuk bertanding.

7. Inilah contoh orang-orang kesayangan Tok Mat yang gemar menikam parti dari dalam. Sebelum ini pelbagai pendedahan mengenai perangai Shahrul Ekhsan telah didedahkan seperti sabotaj parti, mesyuarat tidak sah dan pelbagai lagi tetapi sehingga ke hari ini tiada satu pun tindakan dikenakan ke atas Shahrul Ekhsan. Malah Shahrul Eksan dilihat semakin naik lemak seolah-olah diberikan lesen besar oleh MB untuk melakukan apa sahaja atas perjuangan "menggulingkan Ketua Bahagian".

8. Mengapa UMNO perlu menyimpan orang-orang seperti Shahrul Ekhsan ini lagi di dalam parti? Sudah sampai masanya kita menyingkirkan orang-orang seperti ini keluar dari bermaharajalela dan memburukkan imej UMNO.

5 comments:

Anonymous,  August 28, 2013 at 7:26 PM  

Dekat N.Sembilan ada shahrul ekhsan, dekat perak ada khairul azwar. Dua2 nak berebut jawatan. Dua2 ni hanya bekal air liur dan hubung baik dgn MB. Takkan umno nak org macam ni jd pemimpin?

Quantum Metal Consultant August 28, 2013 at 8:18 PM  

tidak salah untuk dia bertanding, demokrasi.

Pemimpin atasan lebih teruk dari dia mcm mana Nak singkirkan dia.

Report sprm - report semua org - yg atas dulu

Anonymous,  September 5, 2013 at 9:12 PM  

Pemimpin adalah mereka yang di pilih oleh rakyat, bukan mereka yang memaksa rakyat memilih mereka.


Leaders are BORN not MADE

Anonymous,  September 24, 2013 at 7:36 PM  

Kalau betul fakta di atas buat laporan bersama bukti. Sesungguhnya allah akan mengazabkan lagi org yg memfitnah. Kadangkala org berkata sahaja tanpa memeriksa fakta atau mungkin cemburu kerana tidak berjaya menjadi calon atau ingin memburukkan org. Hanya Allah saja yg boleh menilai niat saudara. Wallahualam.

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP